• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syabu RM13.14 Juta Dalam Kereta, Polis Tahan Duda

oleh AK-47
02/06/2025
dalam Jenayah
0
Syabu RM13.14 Juta Dalam Kereta, Polis Tahan Duda
Share on FacebookShare on Twitter

Kangar: Polis berjaya membongkar kegiatan pengedaran dadah yang menjadikan Perlis sebagai transit, selepas merampas syabu seberat 365 kilogram bernilai RM13.14 juta dalam kereta di Beseri, Padang Besar semalam.

Dalam kejadian itu, polis turut menahan duda berusia 40 tahun yang dipercayai menggunakan kereta berkenaan untuk mengedar barang larangan itu ke selatan tanah air.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, penemuan hasil serbuan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sebuah rumah di Kampung Belat Batu, Beseri, di sini pada 3.30 pagi.

“Terdahulu, kita menahan suspek di sekitar kampung berkenaan ketika dia sedang memandu Proton Waja, yang kemudian membawa kepada serbuan di rumahnya.

“Pemeriksaan dilakukan ke atas kereta Toyota Vios yang diletakkan berhampiran rumah, yang menemukan 17 guni berjahit, di mana di dalamnya terdapat 365 kilogram dadah dipercayai syabu dianggarkan bernilai RM13.14 juta.

“Siasatan awal kita mendapati suspek sebelum ini pernah terbabit dengan kegiatan pemerdagangan manusia yang menggunakan ‘laluan tikus’ di kawasan hutan Padang Besar untuk membawa masuk pendatang asing tanpa izin (Pati).

“Untuk kes ini pula, suspek dipercayai menggunakan laluan sama untuk membawa masuk bekalan syabu dari negara jiran,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di sini hari ini.

Muhammad berkata, bekalan dadah itu kemudian akan disimpan sama ada di dalam rumah atau kereta, sekadar transit sebelum ia dibawa keluar dari Perlis untuk edaran ke selatan tanah air selain Lembah Klang.

Katanya, semakan turut mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu jentera mempunyai lima rekod jenayah membabitkan ragut, penyalahgunaan dadah dan pemerdagangan manusia.

“Selain itu juga, saringan air kencing suspek mendapati dia positif dadah. Jumlah syabu dirampas boleh digunakan 3.6 juta penagih,” katanya yang memaklumkan pihaknya kini giat mengesan seorang lagi lelaki dipercayai rakan subahat suspek.

Menurutnya, suspek direman sehingga 7 Jun untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Harian Metro

Tags: DudapolisSyabuTahan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd