• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukit Aman Tumpaskan Dua Sindiket Menyamar Polis Jepun

oleh Mohd Arshad
30/05/2025
dalam Terkini
0
Bukit Aman Tumpaskan Dua Sindiket Menyamar Polis Jepun
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan dua sindiket penipuan ‘call center’ membabitkan warga Jepun, China dan Taiwan yang menyamar sebagai pegawai polis negara Matahari Terbit itu untuk menipu mangsa.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali, berkata dalam kes pertama, polis menyerbu banglo tiga tingkat di Kajang, Selangor pada 13 Mei lalu dan menahan enam lelaki warga Jepun serta dua lelaki warga China.

Semua suspek berusia lingkungan 23 hingga 56 tahun itu berperanan sebagai ejen pusat panggilan dan kegiatan itu beroperasi sejak dua bulan yang lalu dengan menyasarkan rakyat Jepun sebagai mangsa.

Dalam serbuan itu, turut dirampas adalah tujuh iPad, satu komputer riba, sembilan telefon bimbit, sembilan modem, satu set skrip dan satu rangkai kunci dengan anggaran nilai rampasan RM25,000.

“Bagi memperdaya mangsa, sindiket ini akan menghantar pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa terdapat seseorang telah ditahan atas kes penipuan dan pihak Polis Osaka, Jepun menemui kad bank yang didaftarkan atas nama mangsa.

“Sindiket menggunakan aplikasi Bria Mobile yang membolehkan mereka meniru nombor telefon rasmi Polis Osaka, Jepun dan seterusnya memperoleh kepercayaan mangsa.

“Ini adalah teknik caller ID spoofing dan mangsa yang percaya akan diarahkan memberi maklumat peribadi dan memindahkan wang ke akaun yang ditentukan oleh pihak sindiket,” katanya pada sidang media, hari ini.

Dalam kes kedua, Muhammed Hasbullah berkata, pihaknya turut menyerbu kondominium di Cheras, Kuala Lumpur yang dipercayai menjalankan aktiviti penipuan secara dalam talian, pada hari sama.

“Dalam serbuan ini, dua lelaki warga Taiwan ditahan. Polis kemudian menyerbu sebuah lagi unit berasingan di kondominium sama yang disyaki digunakan sebagai pusat operasi sindiket dan menahan lelaki warga Jepun dan masing-masing seorang lelaki dan wanita Taiwan.

Dalam operasi itu, turut dirampas, dua komputer riba, satu set komputer, tiga tablet, 11 telefon bimbit, empat helai baju seragam polis Jepun, 38 keping skrip dalam tulisan Jepun, dua lencana Polis Jepun, satu unit router, satu unit modem, lima kad akses dan satu beg bagasi, yang dianggarkan bernilai RM20,000.

“Hasil siasatan, sindiket ini dipercayai aktif sejak April lalu dan melakukan aktiviti penyamaran sebagai pegawai polis Jepun dengan menyasarkan rakyat Jepun sebagai mangsa. Sindiket akan menggunakan platform Got Further, swapface.org dan aplikasi Bria Mobile untuk memperdaya mangsa,” katanya.

BHonline-

Tags: Bukit AmanPolis Jepunsindiket call center
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

Kes Zara Qairina: 60 Saksi Dipanggil, Tidak Tolak Isu Buli, Serah Pada Bukit Aman

Kes Zara Qairina: 60 Saksi Dipanggil, Tidak Tolak Isu Buli, Serah Pada Bukit Aman

31/07/2025
0

Kota Kinabalu: Polis kini berada di fasa akhir siasatan berhubung kes kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd