• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

oleh AK-47
dalam Travel
0
Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, cadangan itu susulan dapatan pihaknya bahawa trend penyalahgunaan dadah sintetik baharu dalam kalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, penggunaan dadah jenis tersebut bukan sahaja memberi impak kepada golongan dewasa, malah pelajar sekolah juga telah mula terdedah dengan penggunaan vape.

Katanya, kajian akan dijalankan merangkumi pelbagai aspek termasuk kesan kepada ekonomi peniaga dan sebagainya, selain penglibatan agensi berkaitan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Kita lihat sekarang ini, pelajar sekolah pun ramai yang terbongkang tepi jalan, tak pulang ke rumah selepas sekolah, hisap vape, terbaring bawah pokok dan sebagainya.

“Kertas kerja apabila siap nanti, barulah kita akan usulkan kepada kerajaan negeri. Kita akan lihat isu-isu yang menyebabkan ia perlu diharamkan, termasuk kaitannya dengan pelajar sekolah dan kesan sampingan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar mengenai kejayaan menumpaskan dua sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang, di sini pada Selasa.

Tambahnya, cadangan tersebut bertepatan dengan saranan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pada bulan lalu.

Malah, ujarnya, hasrat itu timbul selepas pihaknya mendapati beberapa negeri lain telah mula mengharamkan penjualan vape, seperti negeri Johor yang melaksanakannya lebih awal.

“Selain itu, terdapat juga beberapa negeri lain yang sedang dalam proses untuk mengharamkan penjualan vape,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Tags: Kertas Kerjapolisvape
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd