• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

oleh Mohd Arshad
25/05/2025
dalam Terkini
0
KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan rampasan dianggarkan bernilai kira-kira RM725,000 bagi tempoh tempoh 1 Januari hingga semalam.

Pengarahnya, Mohd Mufsi Lat berkata, kesemua kesalahan itu dikesan hasil 9,738 pemeriksaan di seluruh Terengganu dengan nilai kompaun sebanyak RM122,400.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 102 kes dikesan di Kuala Terengganu diikuti Besut (88 kes), Dungun (80 kes), Kemaman (39 kes) dan Hulu Terengganu (29 kes).

“Daripada 338 kes itu, kesalahan tertinggi membabitkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 iaitu sebanyak 181 kes diikuti Akta Timbang dan Sukat 1972 sebanyak 114 kes serta 24 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Selain itu, 12 kes lagi di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Perihal Dagangan 2011 (enam kes) dan satu kes di bawah Akta Cap Dagangan, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Hari Penguat Kuasa ke-53 Peringkat KPDN Negeri Terengganu di pekarangan Muzium Negeri Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu, majlis berkenaan dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Aris Mamat.

Tambah Mohd Mufsi lagi, sebanyak 571 kes membabitkan pelbagai kesalahan direkodkan di Terengganu membabitkan rampasan bernilai RM3.96 juta sepanjang tahun lalu.

Katanya, kesemua kesalahan itu dikesan hasil 50,070 pemeriksaan di seluruh negeri dengan nilai kompaun sebanyak RM269,800 dan denda RM102,500.

-Harian Metro

Tags: KPDNRampasanTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Kenal Pasti Isu Teknikal Punca Sebahagian Pemegang ‘Fleet Card’ Tidak Terima Kuota Subsidi Bahan Api

KPDN Kenal Pasti Isu Teknikal Punca Sebahagian Pemegang ‘Fleet Card’ Tidak Terima Kuota Subsidi Bahan Api

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesahkan terdapat isu teknikal berhubung integrasi antara sistem...

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh menafikan dakwaan tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd