• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langkah Mudahkan Keanggotaan Timor-Leste Ke Dalam Instrumen Undang-Undang ASEAN Diterima

oleh Mohd Arshad
25/05/2025
dalam Terkini
0
Langkah Mudahkan Keanggotaan Timor-Leste Ke Dalam Instrumen Undang-Undang ASEAN Diterima
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) sepakat menerima garis panduan bagi memudahkan penyertaan Timor-Leste ke dalam Instrumen Undang-Undang blok itu.

Berdasarkan kenyataan media Kementerian Luar, perkembangan itu sekali gus menandakan kemajuan berterusan ke arah keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN di bawah AMM.

“Mesyuarat menerima pakai garis panduan bagi memudahkan penyertaan Timor-Leste ke dalam Instrumen Undang-Undang ASEAN,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, dilaporkan berkata, Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di sini, Oktober depan.

Timor-Leste memohon menyertai ASEAN sejak 2011 sebelum blok itu secara prinsipnya menerima negara terbabit sebagai anggota ke-11 melalui Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 di Phnom Penh pada November 2022.

Sementara itu, Kementerian Luar berkata, mesyuarat AMM turut meneliti dan menerima pakai draf Adendum (tambahan) kepada Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ), yang dimuktamadkan Jawatankuasa Eksekutif SEANWFZ melalui mesyuaratnya pada 29 April lalu.

“Adendum ini menyediakan asas perundangan bagi membolehkan Negara-Negara Anggota ASEAN dan Timor-Leste melaksanakan prosedur domestik yang diperlukan untuk obligasi.

“Pengakuan tambahan ini adalah langkah penting dalam integrasi Timor-Leste ke dalam kerangka politik dan keselamatan ASEAN,” katanya.

-Berita Harian

Tags: ASEANTimor-Leste
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd