• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

oleh Mohd Arshad
23/05/2025
dalam Politik
0
Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan parti akan dibincangkan pada mesyuarat parti.

Presiden PKR yang juga Perdana Menteri mengakui beliau meluluskan permohonan semua ahli baharu parti yang berhasrat bertanding pemilihan parti.

“Bila ada permohonan yang dihantar ke pejabat saya, jadi saya luluskan semua kerana kalau luluskan sebahagian sahaja, nanti akan jadi masalah. Jadi, semua yang sampai ke meja saya, saya luluskan, bagi saya tiada isu,” katanya kepada media selepas mengundi pada pemilihan MPP PKR, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli yang menyarankan kuasa presiden parti yang membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan parti dimansuhkan sepenuhnya bagi mengelak PKR dibanjiri individu hanya mahukan jawatan.

Anwar menegaskan, niatnya adalah untuk tidak menyukarkan ahli bertanding.

“Kita (akan) bawa (cadangan Rafizi) dalam mesyuarat, sebab saya punya keputusan hari itu dalam mesyuarat MPP, saya kata saya tak mahu mempersulitkan (ahli bertanding),” katanya.

Ditanya sama ada Rafizi akan hadir pada perasmian Kongres Nasional PKR malam ini, Anwar menjangkakan Menteri Ekonomi itu akan hadir atas kapasiti Timbalan Presiden PKR.

“Saya jangkalah kerana dia timbalan presiden. Mesyuarat Jemaah Menteri pun dia datang, dia jalankan kerja dengan baik seperti biasa,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Anwar IbrahimPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd