• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pamela Ling Dapat Kebenaran Cabar Waran Tangkap, Sekatan Perjalanan

oleh Mohd Arshad
19/05/2025
dalam Terkini
0
Pamela Ling Dapat Kebenaran Cabar Waran Tangkap, Sekatan Perjalanan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Datin Seri Pamela Ling Yueh yang dilaporkan hilang sejak 9 April lalu, hari ini berjaya memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi hari ini untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah untuk membatalkan waran tangkap terhadapnya dengan serta-merta.

Waran tangkap dikeluarkan terhadap Pamela yang menetap di Singapura sejak 2008 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru bertarikh 2 Disember tahun lalu, yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Melalui prosiding hari ini, Hakim Datuk Amarjeet Singh turut membenarkan Pamela untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mendapatkan perisytiharan bahawa SPRM tiada kuasa secara langsung atau tidak langsung, untuk melarang seseorang daripada meninggalkan Malaysia.

Ia kecuali melalui cara seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 44, Akta SPRM dan Seksyen 44(4) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (APPWH).

Beliau juga memohon satu perintah mandamus terhadap Ketua Pengarah Imigresen untuk membenarkannya meninggalkan Malaysia ke Singapura.

Amarjeet membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Pamela, Datuk Malik Imtiaz Sarwar dan Peguam Kanan Persekutuan Mohd Faisal Md Noor, dengan memutuskan bahawa terdapat isu yang boleh dibicarakan dalam permohonan semakan kehakiman berkenaan.

Terdahulu, Mohd Faisal berkata Jabatan Peguam Negara tidak membantah permohonan kebenaran kecuali berhubung cabaran terhadap waran tangkap kerana ia perlu dikemukakan melalui proses jenayah di Mahkamah Tinggi.

Katanya, ia adalah kerana berdasarkan keputusan kes terdahulu, mendapati bahawa permohonan semakan kehakiman hanya untuk mencabar tindakan cabang Eksekutif dan Legislatif sahaja.

Amarjeet kemudian bertanya kepada Mohd Faisal mengapa SPRM memohon waran tangkap terhadap Pamela, dan beliau menjawab bahawa wanita itu gagal hadir ke ibu pejabat SPRM apabila diminta berbuat demikian.

Amarjeet kemudian menetapkan pengurusan kes berkenaan pada 3 Jun ini.

Dalam afidavit sokongannya, Pamela mendakwa penahanannya dan sekatan perjalanan adalah sebahagian daripada gangguan yang dimulakan suaminya, Datuk Seri Thomas Hah Tiing Siu susulan perceraian serta pertikaian perniagaan antara mereka.

Beliau menuduh suami memalsukan tandatangannya dalam dokumen pemindahan saham syarikat berpangkalan di Singapura, Multi Galaxy Pte Ltd, lalu membuat aduan kepada SPRM sebagai cara menekannya supaya menarik balik tindakan undang-undang di Singapura.

Pamela juga mendakwa pegawai SPRM menyalahguna kuasa untuk memaksanya menyelesaikan pertikaian bersama suami termasuk bertindak membekukan akaun bank milik bapanya dan membuat ugutan semasa melakukan siasatan terhadapnya.

Dalam permohonan pada 7 April itu, SPRM didakwa menggunakan kuasa di bawah Akta SPRM dan Akta AMLA untuk menekan Pamela supaya menyelesaikan pertikaian peribadi dengan bekas suaminya, dan bukannya untuk penyiasatan sah.

Pamela dilaporkan hilang pada 9 April ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM di Putrajaya, hari beliau dijadualkan memberi keterangan untuk kali kesembilan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, kenderaan e-hailing yang dinaiki Pamela dihalang tiga kereta jenis Toyota Camry, Nissan Almera dan Nissan Teana manakala dua lagi kereta menghalang lalu lintas.

Beliau berkata, sekurang-kurang lapan individu termasuk memakai vest dan seragam polis dianggarkan terbabit kejadian itu.

Sehingga kini, polis masih mengesan keberadaan wanita itu dan tidak menolak kemungkinan beliau masih berada di negara ini.

BHonline-

Tags: Mahkamah TinggiPamela Ling
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Rakan Sekolah : Remaja 15 Tahun Berdepan Perbicaraan Penuh Di Mahkamah Tinggi

Bunuh Rakan Sekolah : Remaja 15 Tahun Berdepan Perbicaraan Penuh Di Mahkamah Tinggi

30/01/2026
0

PETALING JAYA: Pelajar berusia 15 tahun yang dituduh membunuh rakan sekolahnya berusia 16 tahun di Bandar Utama pada Oktober tahun...

Najib Dipenjara 15 Tahun, Denda RM11.38 Bilion

Najib Dipenjara 15 Tahun, Denda RM11.38 Bilion

26/12/2025
0

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan didenda RM11.38 bilion...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd