• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bella: Siti Bainun Mohon Guna Laporan Polis Berkait Kes Zayn Rayyan

oleh Mohd Arshad
19/05/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Kes Bella: Siti Bainun Mohon Guna Laporan Polis Berkait Kes Zayn Rayyan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Peguam yang mewakili Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin bahawa, pembelaan telah memasukkan notis usul pada 7 Mei lalu, berkaitan laporan polis dibuat ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin.

Peguam, Haijan Omar yang mewakili Pengasas Rumah Bonda itu berkata demikian ketika prosiding rayuan terhadap hukuman penjara 12 tahun kerana mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Ketika prosiding di hadapan panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah, peguam itu berkata, laporan tersebut berkaitan laporan yang dibuat oleh Ismanira Abdul Manaf dalam kes pengabaian Zayn Rayyan, 6, pada 25 Julai 2024.

Susulan itu, beliau memohon mahkamah membenarkan permohonan Siti Bainun, 33, selaku perayu, sebagai keterangan baharu atau tambahan semasa pendengaran rayuan utama kelak.

“Di sini, kami membuat tiga permohonan iaitu, pertama untuk memasukkan notis usul berkaitan laporan polis yang dibuat Ismanira, dan kedua, memanggil wanita terbabit untuk keterangan lanjut.

“Ketiga ialah memanggil semula salah seorang saksi utama pendakwaan dalam kes Siti Bainun ke mahkamah ini,” katanya di hadapan dua lagi Hakim, Datuk Azmi Ariffin dan Hakim Datuk Dr Choo Kah Sing.

Beliau berkata, perayu hanya mengetahui mengenai laporan polis terbabit pada 24 Mac lalu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datin Asmah Musa mengesahkan baru sahaja menerima notis usul yang dikemukakan pihak perayu.

“Siasatan laporan polis akan dijalankan berhubung dakwaan berkenaan dan kita akan melihat perkembangan siasatan kelak.

“Pihak kami juga akan membalas notis usul yang difailkan pihak perayu,” katanya.

Selepas mendengar makluman kedua-dua pihak, Hakim, Azman menetapkan pengurusan kes pada 3 Jun.

Sementara itu, ketika sidang akhbar, Haijan berkata, prosiding rayuan Siti Bainun ditangguhkan ke Julai depan selepas pihaknya memohon untuk memasukkan notis usul berkenaan sebagai keterangan baharu atau tambahan.

Menurutnya, pihak pendakwaan selaku responden juga memohon lanjutan masa untuk membalas permohonan perayu.

Pada 3 Mei 2023, Siti Bainun terdiam selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, empat tahun lalu.

Bagi kesalahan pertama, iaitu mengabaikan Bella, dia dihukum penjara 10 tahun, sementara kes kedua, menganiaya, sebanyak 12 tahun.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh hukuman itu.

Tertuduh turut diperintah menandatangani bon berkelakuan baik dalam tempoh lima tahun dengan seorang penjamin termasuk cagaran RM5,000 sebagai tambahan hukuman.

Dia juga perlu melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara dengan syarat-syarat yang dikenakan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi mengarahkan tertuduh menjalani hukuman jel serta-merta di Penjara Kajang selepas gagal untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

Pada 23 Mei tahun sama, Mahkamah Tinggi mengambil keputusan sama apabila menolak permohonan Siti Bainun agar pelaksanaan hukuman penjara terhadapnya ditangguhkan, selepas mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk berbuat demikian.

SinarHarian-

Tags: siti bainunZayn Rayyan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Semoga Allah Melaknat Kau. Kau Tunggu, Botak’ – Suami Ismanira

‘Semoga Allah Melaknat Kau. Kau Tunggu, Botak’ – Suami Ismanira

31/10/2025
0

PETALING JAYA: "Semoga Allah melaknat kau. Kau tunggu, botak (menunjukkan jari ke arah pegawai penyiasat, Deputi Superintendan Mohd Hafizee Ismail)."...

Ismanira Dipenjarakan Serta-Merta, Permohonan Tangguh Hukuman Ditolak

Ismanira Dipenjarakan Serta-Merta, Permohonan Tangguh Hukuman Ditolak

31/10/2025
0

Petaling Jaya: Ismanira Abdul Manaf iaitu ibu kepada kanak-kanak lelaki autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang dijatuhi hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd