• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?

oleh Mohd Arshad
19/05/2025
dalam Politik
0
‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sekali lagi memberi bayangan seolah-olah bersedia berundur daripada barisan Kabinet dan melepaskan jawatannya.

Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, kehadiran beliau hanyalah bersifat ‘sementara’ dan pada akhirnya akan ada Menteri Ekonomi lain mengisi jawatan tersebut.

Bagaimanapun, Rafizi memberi penekanan bahawa kesinambungan sesuatu dasar tidak seharusnya bergantung kepada pentadbiran semasa atau kehendak peribadi ahli politik tertentu.

“Kehadiran saya di sini mungkin bersifat sementara dan akhirnya akan ada Menteri Ekonomi lain yang menggantikan saya.

“Namun, apa yang saya ingin tegaskan ialah, kesinambungan dasar tidak seharusnya bergantung kepada pentadbiran semasa atau kehendak peribadi ahli politik tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis “The JS-SEZ Partners Dialogue: Advancing Facilitation” yang berlangsung di ibu negara pada Isnin, yang turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Rafizi menambah isu berhubung pertukaran menteri telah dibangkitkan berkali-kali, bahkan sebelum Pemilihan PKR 2025 lagi.

Katanya, perkara tersebut termasuk perhatian Kerajaan Negeri Johor terhadap Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), jika berlaku perubahan menteri.

“Dasar yang baik seharusnya kekal konsisten, dan berdasarkan pengalaman saya dalam pentadbiran, saya berharap kesinambungan ini diteruskan tanpa mengira siapa yang akan menjadi menteri seterusnya.

“Saya yakin, apa pun yang berlaku, JS-SEZ adalah terlalu besar, terlalu penting, dan terlalu bernilai bagi negara ini untuk diketepikan,” jelas beliau lagi.

Dua minggu lalu, media melaporkan Rafizi meluahkan hasrat untuk meletak jawatan dalam satu mesyuarat bersama penyokongnya yang diadakan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 23 April.

Akhbar tempatan berbahasa Cina melaporkan, Rafizi meluahkan hasrat meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan sistem pemilihan parti yang dianggap tidak adil.

SinarHarian-

Tags: kabinetRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd