• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

oleh Mohd Arshad
19/05/2025
dalam Terkini
0
Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan China antara pasaran pelancongan luar negara terbesar di negeri itu.

EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata peningkatan ketara itu adalah hasil pelbagai inisiatif proaktif oleh kerajaan negeri termasuk pengukuhan akses udara secara terus dari bandar-bandar utama China ke Pulau Pinang serta promosi agresif menerusi platform digital.

“Jumlah ketibaan pelancong China melalui ketibaan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) telah meningkat daripada 37,711 pada tahun 2023 kepada 120,245 pada tahun 2024.

“Ini merupakan peningkatan yang amat ketara berbanding hanya 5,918 pada tahun 2022 dan membuktikan bahawa China kekal sebagai pasaran utama pelancongan antarabangsa bagi negeri ini,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Hon Wai (DAP-Paya Terubong) menjawab soalan Ong Ah Teong (DAP-Batu Lancang) mengenai strategi dan pencapaian kerajaan negeri dalam menerokai pasaran pelancongan dari China.

Mengulas lanjut, Hon Wai berkata antara usaha utama kerajaan negeri termasuk penambahan tujuh penerbangan terus baharu dari China ke Pulau Pinang sejak Ogos 2023 hingga April 2025 melibatkan syarikat penerbangan seperti Xiamen Airlines, Juneyao Airlines, Shenzhen Airlines, Shanghai Airlines, AirAsia, Hong Kong Express dan Sichuan Airlines.

Beliau berkata dalam masa yang sama, beberapa penerbangan sewaan dari China juga telah beroperasi bagi memenuhi permintaan pelancong selain pelbagai pendekatan promosi seperti penyertaan dalam pameran pelancongan di China, pengiklanan di platform dalam talian popular serta kerjasama dengan agensi pelancongan dalam talian (OTA) dan syarikat penerbangan bagi menawarkan pakej menarik.

Katanya, antara usaha lain yang dilaksanakan adalah penganjuran lawatan pengenalan melibatkan ejen pelancongan, media dan pempengaruh dari China khususnya bagi mempromosikan destinasi seperti Georgetown, Balik Pulau, Bukit Bendera dan Seberang Perai.

“Platform media sosial Xiaohongshu (Little Red Book) turut dimanfaatkan secara aktif bagi menarik minat pelancong muda dan komuniti berbahasa Mandarin menerusi kandungan tular berkaitan makanan jalanan, seni bina warisan serta lokasi fotografi menarik di negeri ini,” katanya.

BHonline-

Tags: ChinaPelancongPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd