• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Sabah: Gambar Malim Gunung Jadi Inspirasi Pelukis

oleh AK-47
10/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAMBAR seorang malim gunung berbaju hijau sambil mendukung seorang kanak-kanak lelaki yang cedera menjadi sumber inspirasi buat seorang pelukis.

Menurut pelukis tersebut, Razie Alfidan gambar yang sudah tersebar di media sosial itu akan dijual untuk tujuan kebajikan bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Sabah.

Sementara itu, malim gunung terbabit, Mhd Rizuan Kauhinin, 25, yang pada mulanya enggan ditemuramah media menyatakan dia tidak menyedari gambarnya telah dirakam dan tersebar di laman-laman sosial.

Memetik laporan sebuah portal, Rizuan berkata, “Saya tidak tahu apa yang patut saya rasa. Saya bukan orang yang terkenal. Apa yang saya lakukan ialah dengan ikhlas dan bukan untuk popular. Saya benar-benar ingin membantu. Apa yang penting ketika itu ialah membawa budak itu ke tempat selamat.”

Itu antara komennya apabila ramai pihak memberikan pandangan bahawa dia merupakan di antara wira-wira sebenar yang telah membantu mangsa-mangsa gempa bumi yang melanda awal pagi Jumaat lalu.

Menurut Rizuan lagi, dia dan rakan-rakannya menjumpai kanak-kanak lelaki yang dalam kesakitan berhampiran Villosa Shelter.

Dia dan rakan-rakan nekad menyelamatkan kanak-kanak itu yang cedera di belakang badan.

“Saya dukung dia di belakang untuk turun. Dia sering meraung kesakitan kerana tidak tahan sakit. Kami terpaksa berhenti banyak kali, namun saya cuba sedaya upaya untuk bawa dia secepat mungkin ke Kabin Layang-Layang.

“Di sana lebih banyak penyelamat yang menunggu dan beri bantuan selanjutnya,” katanya.

Sememangnya jasa dan pengorbanan malim gunung tersangatlah besar dalam kejadian gempa bumi yang berlaku ini, mereka sentiasa mendahulukan keselamatan para pendaki melebihi diri mereka sendiri bak kata Rizuan, “sebaik mereka memasuki kawasan taman, ia adalah di bawah tanggungjawab kami untuk memberi bantuan.”

Salut! – MYNEWSHUB.CC

Peranan Malim Gunung terus diangkat, digelar wira

Tags: gempa bumiGunung Kinabalumalim gunungSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  CARACAS – Venezuela dilanda dua gempa bumi kuat masing-masing bermagnitud 7.2 dan 7.5 dalam tempoh hanya 39 saat,...

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd