• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Sekarang Bukan Musim Pilihan Raya, Tumpu Khidmat Kepada Rakyat’ – Tunku Mahkota Ismail

oleh Mohd Arshad
16/05/2025
dalam Terkini
0
‘Sekarang Bukan Musim Pilihan Raya, Tumpu Khidmat Kepada Rakyat’ – Tunku Mahkota Ismail
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bahawa ketika ini bukan musim pilihan raya.

Susulan itu, baginda mahu semua 56 ADUN di Johor yang dipilih pada pilihan raya lalu memberi tumpuan berkhidmat untuk rakyat dan membantu negeri untuk terus membangun.

“Saya ingin ingatkan semua ADUN Johor bahawa sekarang bukan musim pilihan raya, setiap daripada anda sudah dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Jadi sila fokus kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Bangsa Johor perlukan ADUN yang bertanggungjawab dan berkesan untuk berkhidmat serta membantu negeri ini terus membangun dan meningkatkan taraf hidup rakyat,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan Persidangan Keempat DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, hari ini.

Sebelum ini, beberapa pimpinan politik negeri ini dilaporkan hangat membincangkan agihan kerusi bagi berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diramalkan diadakan pada tahun depan.

Ia menimbulkan polemik berterusan dan pertikaman lidah terbuka di media apabila setiap parti membahaskan kemungkinan berhadapan PRN secara solo atau bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.

Mengikut penggal pentadbiran negeri, ia hanya akan berakhir pada Mac 2027 susulan PRN Johor diadakan pada Mac 2022.

Sementara itu, Tunku Mahkota Ismail turut menzahirkan harapan supaya DUN Johor terus menjadi medan perbincangan dasar dan penggubalan undang-undang yang matang, bukan tempat melepaskan emosi atau mencetuskan konflik politik.

“Saya ingin tegaskan DUN Johor ini dewan yang mulia, bukan medan untuk bertelagah, bukan tempat untuk lepaskan emosi atau kepentingan politik peribadi, sebaliknya dewan ini adalah wadah untuk membincangkan dasar, menggubal undang-undang dan paling utama memperjuangkan nasib serta kebajikan rakyat Johor.

“Saya harap keharmonian yang menjadi tradisi DUN Johor akan dicontohi dan terus dipelihara. Jangan biarkan percakaran jadi budaya dan jangan jadikan dewan ini bahan ketawa rakyat,” titah baginda.

Justeru, baginda mengingatkan semua wakil rakyat menjaga adab dan menghormati institusi DUN Johor.

“Jaga tingkah laku anda dan berkhidmat dengan jayanya supaya Johor kekal maju dan disanjung serta dihormati.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah terhadap perjalanan DUN Johor yang sebelum ini berlangsung dengan tertib dan teratur serta penuh hormat, sesuatu yang boleh mencerminkan kematangan demokrasi dan budaya politik beradab,” titah baginda.

Pada PRN Johor 2022, Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan selesa apabila berjaya memperoleh kejayaan majoriti dua pertiga.

BN menawan 40 daripada 56 kerusi DUN Johor, manakala Pakatan Harapan (PH) menang 11 kerusi DUN, diikuti Perikatan Nasional (PN) tiga dan PKR serta MUDA masing-masing satu kerusi.

BHonline-

Tags: ADUN JohorTunku Mahkota Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

PM Anwar Menghadap Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor

PM Anwar Menghadap Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor

24/04/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd