• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

oleh Mohd Arshad
dalam Jenayah
0
2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan menipu ibu salah seorang daripada mereka dengan melakonkan penculikan bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah CN¥5 juta (RM2.9 juta).

Kedua-dua mereka, Zhang Runbao, 23 dan Ye Yingxi, 18 bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersama-sama menipu Cheng Zhiwen, iaitu ibu kepada Yingxi dengan membuat panggilan telefon dan menunjukkan video bahawa anaknya itu telah diculik.

Badan Yingxi ditunjukkan dalam keadaan separuh bogel dan tangannya diikat serta mulutnya ditutup dengan pita pelekat berwarna hitam, lehernya dicekik, badannya dipijak dan mukanya dituang dengan air.

Kedua-dua tertuduh selanjutnya didakwa membuat ugutan dan pemerasan dengan meminta Zhiwen memasukkan duit tebusan CN¥5 juta (RM2.9 juta) ke dalam akaun di China.

Semua perbuatan itu adalah lakonan bagi mendorong Zhiwen menyerahkan wang berkenaan, di mana Zhiwen mulai percaya dan mengambil tindakan ke arah menyerahkan wang itu.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini kira-kira jam 11.44 pagi hingga jam lebih kurang 9.15 malam.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun, dan dengan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Kedua-dua penuntut itu juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan berhubung kesalahan sama, mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Azrul Darus menetapkan sebutan kes pada 27 Mei ini dan membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin, serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Radzuan, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ernie Sulastri Ahmad dan Ramesh Sivakumar.

BHonline-

Tags: culikpelajarWarga China
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd