• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

oleh Mohd Arshad
04/05/2025
dalam Terkini
0
Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Abang ipar kepada pelakon Riezman Khuzaimi, Rennie Abdul Ghani, 57, meninggal dunia selepas terjatuh semasa mendaki Gunung Rinjani di Lombok, Indonesia pada Sabtu lalu.

Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 55, yang lebih dikenali sebagai Riezman memaklumkan, keluarga mereka sedang menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Indonesia sebelum membawa pulang jenazah ke Malaysia.

“Al-Fatihah, kami sekeluarga sedang menunggu pihak berkuasa di sana untuk mengemas kini maklumat sebelum membawa pulang ke Malaysia.

“Terima kasih atas doa semua buat abang ipar saya,” katanya menerusi ruang komen Facebook Hiking And Recreation Around Malaysia (H.A.R.A.M) pada Ahad.

Sementara itu, menerusi portal media, adik mangsa yang mahu dikenali sebagai Yana berkata, pihak keluarga dimaklumkan mengenai berita itu kira-kira jam 8 malam tadi dan Rennie dilaporkan terjatuh jam 1 tengah hari (waktu Malaysia).

“Ikutkan pencarian di Google keadaan tempat abang saya jatuh tu memang curam dan (pendakian) sangat sukar.

“Kebetulan seorang anak Allahyarham berada di Medan, Indonesia. Jadi dia akan ke Lombok hari ini dan menunggu jenazah di sana.

“Selepas itu baru hubungi Kedutaan Malaysia di sana untuk di bawa pulang,” katanya.

Beliau turut memaklumkan Allahyarham menetap di Setia Alam, Johor Bahru bersama isteri dan anak-anak.

Syawal lalu, Renny difahamkan ada menyebut kepada keluarga, pendakian itu adalah yang terakhir akan disertainya.

“Dia sangat suka mendaki. Tapi dia ada cakap sebelum raya, pendakian ini yang terakhir. Dia nak masuk larian sahaja selepas ini.

“Kami pun janji nak pergi haji sama-sama satu keluarga tahun depan. Dia sangat teruja nak tunai haji tahun depan,” katanya.

Pada Sabtu, media melaporkan seorang pendaki warga Malaysia dilaporkan terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat sekitar 12 tengah hari waktu tempatan.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan oleh pelbagai agensi melibatkan puluhan anggota daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Mataram, pasukan perubatan serta unit Pencarian dan Pertolongan (SAR) Lombok Timur.

Pihak taman negara menjelaskan, pendaki dilaporkan terjatuh di kawasan Banyu Urip oleh seorang juru pandu daripada agensi pendakian, Juan Adventure Rinjani.

Rennie Abdul Ghani memulakan pendakian melalui laluan Sembalun pada 1 Mei bersama kumpulan seramai 23 orang.

-Sinar Harian

Tags: gunung rinjaniMayatRenni
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd