• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Bukan Ditahan, Polis Datang Lerai Pertelingkahan – Saiful Apek

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
Saya Bukan Ditahan, Polis Datang Lerai Pertelingkahan – Saiful Apek
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pelawak Saiful Apek, 56, menjelaskan dirinya bukan ditahan, sebaliknya foto yang tular dirakamkan ketika polis sedang meleraikan pertelingkahan membabitkannya dan seorang individu tidak dikenali.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2003 itu berkata, ketegangan itu mula tercetus berpunca tindakan individu berkenaan memperlekehkan filem lakonannya, 6 Jilake dan pengarahnya, Aziz M Osman.

“Individu dalam foto berkenaan memang saya, cuma situasi sebenarnya saya bukan ditahan, tapi sebaliknya polis sedang meleraikan salah faham. Tapi, saya nampak sahaja macam bergaduh, tetapi tidak.

“Apa yang membuatkan saya terusik apabila individu berkenaan sebut nama Abang Aziz dan mendakwa filem 6 Jilake sebagai sampah. Kalau setakat sebut nama saya, masih boleh kawal lagi, tetapi ia membabitkan individu yang saya anggap sebagai sifu,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka MStar Terbaek Raya di The Agam, di sini, malam tadi.

Apek berkata, insiden itu berlaku ketika menghadiri majlis rumah terbuka anjuran Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Cheras, kelmarin.

“Ketika kejadian, saya hadir ke rumah terbuka Ketua Polis Negara, tiba-tiba ada individu tak dikenali membuat provokasi mengenai filem 6 Jilake sehingga saya hilang sabar.

“Saya bangun dan beredar kerana tidak mahu mengganggu majlis. Saya ingatkan habis di situ, tapi individu berkenaan masih melakukan provokasi hingga ke parkir kereta sehingga polis datang meleraikan pertelingkahan kami,” katanya kepada BH Online.

Semalam, kecoh apabila sebuah portal melaporkan kelibat seorang pelawak memakai baju merah jambu yang menyamai Saiful Apek ditahan oleh dua anggota polis. Bagaimanapun, lokasi dan punca kejadian tidak dikenal pasti.

Susulan itu, Apek memohon maaf kepada keluarga dan sahabat yang turut terpalit dalam kontroversi ini.

“Saya harap semua orang jelas dengan kenyataan ini dan saya mohon semua bertenang terutamanya ahli keluarga dan sahabat terdekat yang terkejut mendengar berita saya ditahan polis.

“Cuma, apa yang paling saya risau apabila ramai yang menghubungi anggota Senario terutama Azlee Jaafar yang kita tahu mempunyai masalah jantung,” katanya.

BHonline-

Tags: polisSaiful Apek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd