• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Nafi Siasatan Kes Zayn Rayyan Dibuat Sambil Lewa

oleh Mohd Arshad
23/04/2025
dalam Jenayah
2
Saksi Nafi Siasatan Kes Zayn Rayyan Dibuat Sambil Lewa
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Pegawai penyiasat yang mengendalikan kes pengabaian Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan siasatan ke atas ibu bapa kanak-kanak autistik itu bertujuan ‘mengenakan’ pasangan suami isteri berkenaan.

Saksi pendakwaan ke-28, Asisten Superintendan (ASP) Mohd Hafizee Ismail, 38, turut memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa siasatan kes tidak dijalankan sambil lewa.

Beliau menegaskan perkara itu ketika pemeriksaan balas oleh peguam Haresh Mahadevan yang mewakili tertuduh, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30.

Haresh: Saya cadangkan kepada ASP sekali lagi, penyiasatan ASP terhadap kes ini sambil lewa dan hanya menumpukan perhatian untuk mengenakan kedua-dua tertuduh?

Hafizee: Tidak setuju.

Haresh: Saya cadangkan bukan sahaja saksi-saksi diminta untuk mengaitkan dan mengenakan tertuduh, anda juga memainkan peranan di mahkamah untuk memesongkan fakta semata-mata untuk mendapatkan sabitan?

Hafizee: Tak betul.

Saksi pendakwaan ke-28 itu berkata demikian ketika memberi keterangan pada hari ke-19 perbicaraan kes pengabaian dihadapi ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Ismanira dan Zaim Ikhwan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Mohd Hafizee yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai penyiasat kanan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, juga tidak bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan bahawa penyiasatan kes terbabit amat lemah dan tidak lengkap.

Haresh: Saya cadangkan banyak aspek dalam kes ini penyiasatannya amat lemah, tak lengkap. Setuju atau tak setuju?

Hafizee: Tak setuju.

Haresh: ASP, pada 31 Mei 2024, Puan Rohayu dan Puan Hasni (tidak diterangkan identiti Rohayu dan Hasni) ada berjumpa anda di IPD Petaling Jaya depan Pejabat D9. Ada atau tidak anda berjumpa mereka?

Hafizee: Ada.

Haresh: Masa itu mereka nak jumpa kedua-dua tertuduh?

Hafizee: Betul.

Haresh: Mereka marah kenapa anda tangkap kedua-dua tertuduh?

Hafizee: Betul.

Haresh: Dan anda beritahu mereka ‘kalau nak report, nak saya kena pecat, buatlah saya tak kisah’. Betul atau tidak?

Hafizee: Saya tak ingat.

Haresh: Anda beritahu mereka, kedua-dua (Zaim Ikhwan dan Ismanira) tak bersalah, tapi ini adalah arahan pihak atasan, betul atau tidak?

Hafizee: Saya tak ingat.

Mengikut pertuduhan pindaan, Zaim Ikhwan dan Ismanira didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki bernama Zayn Rayyan Abdul Matin, mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan apartmen sama, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memohon kebenaran mahkamah untuk menyambung sesi pemeriksaan semula esok memandangkan pihaknya perlu meneliti lebih 300 soalan diajukan Haresh ketika pemeriksaan balas hari ini.

“Soalan peguam agak banyak, 300 lebih. Kami ingin lihat semula agar soalan pemeriksaan semula dapat disusun sebaiknya.

“Oleh itu, kami mohon mahkamah membenarkan supaya pemeriksaan balas disambung pada esok,” katanya.

Hakim Syahliza membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan perbicaraan bersambung esok.

BHonline-

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd