• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

oleh Mohd Arshad
14/04/2025
dalam Politik
0
PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH: Pendidikan menjadi antara visi utama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.

Katanya, pendidikan memainkan peranan penting dalam mengubah corak pemikiran dan membuka ruang kepada kemajuan sosial dan ekonomi.

“Pendidikan ini akan mengubah kita punya minda, kita punnya kualiti hidup dan sebagainya.

“Jadi ia menjadi keutamaan kita (BN) untuk melahirkan generasi yang hebat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Taqarrub Perak Sejahtera 2030 di Kampung Tersusun Batu 4, di sini hari ini.

Ditanya mengenai jurang pendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar, Mohamad Yusri berpandangan bahawa faktor lokasi bukanlah penghalang utama dalam mengejar ilmu pengetahuan

“Luar bandar bukan bermakna tak ada orang pandai, kita yakin perubahan akan berlaku dan manusia yang cepat dan tangkas dalam menimba ilmu dia akan dapat banyak pengetahuan,” katanya yang merupakan bekas guru dan pensyarah.

Mohamad Yusri berkata perancangan bagi meningkatkan tahap pendidikan penduduk di DUN Ayer Kuning akan disesuaikan mengikut keadaan dan dilaksanakan dengan terbaik.

Sebelum ini, beliau bertekad untuk meneruskan perancangan bekas Ahli DUN Ayer Kuning Allahyarham Ishsam Shahruddin, khususnya dalam membantu meningkatkan kualiti pendidikan pelajar di kawasan itu.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian Ishsam akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April manakala pengundian awal pada 22 April.

Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri; calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS.

Bernama-

Tags: BNPendidikanPRK Ayer Kuning
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd