• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

oleh Mohd Arshad
14/04/2025
dalam Politik
0
PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 116 kertas undi pos kepada pengundi kategori itu yang berdaftar untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Pengeluaran undi pos itu dilakukan petugas pilihan raya dilantik dengan kehadiran ejen undi pos daripada calon bertanding.

SPR melalui kenyataan 113 daripada keseluruhan undi pos itu dikeluarkan bagi Kategori 1A membabitkan petugas pilihan raya dan anggota polis, manakala selebihnya tiga lagi bagi Kategori 1B yang merujuk warga Malaysia menetap di luar negara.

“SPR mengingatkan pengundi supaya sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dan tidak merakam gambar kertas undi pos serta menularkannya di platform media sosial.

“Semua pengundi pos diingatkan mengisi borang Perisytiharan Identiti (Borang 2) secara lengkap dan betul, sebelum menanda kertas undi.

“(Pengundi pos juga perlu) segera mengembalikannya kepada pegawai pengurus berkenaan sebelum jam 5 petang, pada hari mengundi iaitu 26 April ini,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandang, Ishsam Shahruddin, 58, dalam perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya di Pulau Pinang, pada 25 Februari lalu.

Allahyarham dilaporkan rebah selepas bermain dalam pertandingan bola sepak persahabatan dengan bekas pemain dari Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning pada penggal pertama selepas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15, pada 2022.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan hari penamaan calon pada 12 April dan pengundian awal pada 22 April.

BHonline-

Tags: Kertas Undi PosPRK Ayer KuningSPR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd