• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

oleh Mohd Arshad
10/04/2025
dalam Politik
0
‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, 26 April ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pihaknya mendengar ura-ura lebih dua calon akan bertanding pada PRK berkenaan.

“Kita sedia berdepan cabaran tiga atau empat penjuru kerana calon kita pilih adalah yang terbaik.

“Kita turunkan (tampil) calon anak tempatan. Kalau Barisan Nasional (BN) turun calon cucu kepada orang Cina, calon kita anak Cina iaitu ibunya adalah Cina,” katanya selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini, yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Turut hadir, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Semalam, Pengerusi PN Tapah, Abdul Muhaimin Malek, 43, diumum calon parti itu bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini.

Tuan Ibrahim berkata, jentera juga sudah turun lebih awal ke semua peti undi dan turut membuat pemantauan terhadap perkara serta isu tempatan.

BHonline-

Tags: PASPNPRK Ayer Kuning
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd