• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Tular Dedah Kes Ragut di Taman Astakajaya, Segamat

oleh Mohd Arshad
06/04/2025
dalam Terkini
0
Video Tular Dedah Kes Ragut di Taman Astakajaya, Segamat
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT, 5 April 2025 – Polis Daerah Segamat sedang giat menyiasat satu kes ragut yang tular menerusi rakaman video berdurasi 2 minit 31 saat di media sosial, memaparkan kejadian yang dipercayai berlaku di Taman Astakajaya 1, Buloh Kasap.

Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, hasil semakan lanjut mendapati bahawa salah satu rakaman video tersebut memang berlaku di Segamat, manakala satu lagi video belum dapat dipastikan lokasi kejadiannya.

Mangsa, seorang wanita tempatan, telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut yang berlaku pada 3 April 2025 sekitar jam 7.08 malam.

Ketika itu, mangsa bersama dua rakannya telah didatangi tiga suspek tidak dikenali yang menaiki dua buah motosikal.

Salah seorang suspek kemudian turun dari motosikal dan merentap rantai leher emas yang dipakai mangsa sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan.

Rakaman CCTV di lokasi berhampiran menunjukkan suspek berbadan kurus, berkulit sawo matang dan memakai jaket hitam berlengan panjang serta berseluar gelap.

Suspek juga memakai topi keledar hitam bervisor gelap dan menaiki motosikal jenis Kawasaki Ninja RR150 berwarna biru dan Yamaha Y15ZR berwarna hijau, namun nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

Pihak polis memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda atau sebatan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, menegaskan komitmen pihaknya dalam membanteras jenayah dan menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta menghubungi IPD Segamat di talian hotline 07-9324222 atau tampil ke balai polis berhampiran.

Mynewshub-

Tags: kes ragutSegamat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Belum Ada Kepastian Rekahan Di Segamat Ada Kaitan Gempa Bumi Lemah – JMG

Belum Ada Kepastian Rekahan Di Segamat Ada Kaitan Gempa Bumi Lemah – JMG

02/09/2025
0

SEGAMAT: Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) negeri belum dapat menentukan sama ada retakan yang dikesan di daerah ini mempunyai kaitan...

Gempa Keenam Di Segamat Minggu Ini, 2.7 Magnitud Pagi Tadi

Gempa Keenam Di Segamat Minggu Ini, 2.7 Magnitud Pagi Tadi

30/08/2025
0

SEGAMAT: Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter menggegarkan Segamat pada jam 7.29 pagi tadi, sekali gus menjadi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd