• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, September 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Johor Lulus RM900,000 Untuk 18 Projek Rakyat Di Segamat

oleh Mynewshub
26/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Johor Lulus RM900,000 Untuk 18 Projek Rakyat Di Segamat
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor meluluskan peruntukan berjumlah RM900,000 bagi melaksanakan 18 projek di enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Segamat yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan berkenaan meliputi kerja menaik taraf dan membaik pulih kemudahan awam serta infrastruktur di daerah itu.

Menurut hantaran beliau di media sosial, perkara itu antara yang diberi perhatian ketika lawatan kerjanya ke Segamat bersama barisan kepimpinan negeri dengan menaiki perkhidmatan ETS.

Dalam lawatan berkenaan, Onn Hafiz turut
menerima pembentangan Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) Daerah Segamat yang menggariskan pelbagai inisiatif strategik bagi memperkukuh pembangunan ekonomi daerah tersebut.

Katanya, menerusi JETP, kerajaan negeri mahu memanfaatkan kekuatan sedia ada Segamat selain membuka lebih banyak ruang pertumbuhan baharu yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Turut dibincangkan pembangunan Taman Komuniti Bangsa Johor, Medan Niaga Bangsa Johor dan Taman Mini Air Bangsa Johor di Labis dan Segamat bagi memperkukuh kemudahan awam, merancakkan aktiviti ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan penduduk.

Onn Hafiz dalam lawatan sama turut menghadiri Majlis Jalinan Rakyat dan beramah mesra bersama masyarakat Segamat yang disifatkannya mencerminkan semangat kebersamaan Bangsa Johor.

Beliau menegaskan kerajaan negeri kekal komited memastikan pembangunan Segamat terus diperkasa dan tidak ketinggalan berbanding daerah lain, selain memastikan setiap usaha pembangunan membawa perubahan yang dapat dirasai secara langsung oleh rakyat. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: 00018 Projek Rakyatkerajaan JohorlulusRM900Segamat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

Pemuda PAS Melaka Terima Kerjasama Penyatuan Ummah Hadapi PRN

Pemuda PAS Melaka Terima Kerjasama Penyatuan Ummah Hadapi PRN

13/08/2026
0

MELAKA - Dewan Pemuda PAS Melaka menerima dan meluluskan secara sebulat suara cadangan kerjasama Penyatuan Ummah di peringkat negeri bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd