• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Siasatan Kes Zamri Vinoth, 3 DJ Hina Agama Hindu Masih Disemak Pihak AGC – KPN

oleh Mohd Arshad
12/03/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Kertas Siasatan Kes Zamri Vinoth, 3 DJ Hina Agama Hindu Masih Disemak Pihak AGC – KPN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu arahan lanjut Pejabat Peguam Negara (AGC) berhubung kes membabitkan pendakwah bebas, Zamri Vinoth yang didakwa menghina agama Hindu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata setakat ini sebanyak 894 laporan polis diterima di seluruh negara terhadap pendakwah itu.

“Percakapan Zamri Vinoth sudah dirakam dan kertas siasatan masih dalam kajian pihak AGC. Setakat ini, belum ada arahan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Razarudin dilapor berkata, siasatan terhadap Zamri Vinoth dijalankan mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mengenai siasatan kes dakwaan menghina agama Hindu oleh tiga penyampai (DJ) radio Era FM, Razarudin berkata, kertas siasatan berhubung kes itu masih pada peringkat kajian pihak AGC.

“Setakat ini, kes itu juga belum ada arahan lanjut” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan polis menerima 73 laporan berkait kes itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Enam individu daripada stesen radio terbabit termasuk tiga penyampai radio terbabit dipanggil ke Bukit Aman untuk dirakam keterangan dengan siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

BHonline-

Tags: AGChina agaPDRMZamri Vinoth
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd