• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keterangan Ismail Sabri Akan Diambil Beberapa Kali Lagi

oleh Mohd Arshad
12/03/2025
dalam Terkini
0
Keterangan Ismail Sabri Akan Diambil Beberapa Kali Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal dipanggil beberapa kali oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.

Sumber memberitahu, selepas pemimpin itu bertemu pegawai penyiasat SPRM, esok, kemungkinan akan ada lagi pertemuan susulan.

Namun, sumber itu memberitahu tindakan itu bergantung kepada keterangan yang akan diambil oleh SPRM, esok.

Katanya, beberapa perkara diperlukan SPRM berdasarkan keterangan yang akan diberikan Ahli Parlimen Bera itu, tetapi ia semuanya bergantung dengan tahap kesihatan pemimpin itu.

“SPRM dijangka akan mengambil keterangan Ismail Sabri esok dan berkemungkinan akan membabitkan beberapa kali pertemuan.

“Ia bergantung kepada hasil temu bual bersama pegawai penyiasat esok,” katanya kepada BH, di sini hari ini.

SPRM masih menunggu tahap kesihatan bekas Perdana Menteri itu pulih yang mana sebelum ini beliau mengemukakan cuti sakit (MC) yang berakhir hari ini.

Baru-baru ini, pegawai penyiasat turut bertemu dengan seorang doktor bergelar Datuk yang merawat Ismail Sabri, di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya untuk mengetahui tahap kesihatannya.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan, pemimpin itu akan memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10 pagi, esok.

BH sebelum ini melaporkan Ismail Sabri sudah memberi keterangan kepada pegawai penyiasat selama kira-kira lima jam sehari selepas beliau membuat pengisytiharan harta pada 10 Februari lalu.

Beberapa hari kemudian, empat individu termasuk dua bekas pegawai kanannya ditahan SPRM untuk siasatan lanjut.

Ia kemudiannya membawa kepada serbuan di tiga premis dengan penemuan wang tunai pelbagai negara berjumlah RM170 juta dan 16 jongkong emas bernilai RM7 juta di sebuah kondominium yang didakwa sebagai ‘safe house’.

Sebelum ini, Azam mengesahkan Ismail Sabri bukan lagi saksi dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram, sebaliknya adalah seorang suspek dalam kes berkenaan.

BHonline-

Tags: Ismail SabriPengubahan Wang HaramSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

9 ‘Ulat’ Kad Sim Warga Asing Ditahan

Next Post

Kertas Siasatan Kes Zamri Vinoth, 3 DJ Hina Agama Hindu Masih Disemak Pihak AGC – KPN

Related Posts

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

08/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram yang...

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

07/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Tiga pegawai kepada seorang menteri kanan dipercayai telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini,...

Next Post
Kertas Siasatan Kes Zamri Vinoth, 3 DJ Hina Agama Hindu Masih Disemak Pihak AGC – KPN

Kertas Siasatan Kes Zamri Vinoth, 3 DJ Hina Agama Hindu Masih Disemak Pihak AGC - KPN

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd