• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Pemilik Akaun TikTok Kaitkan PM Dengan Siasatan Kes Ismail Sabri

oleh Mohd Arshad
08/03/2025
dalam Utama & Sensasi
1
Polis Siasat Pemilik Akaun TikTok Kaitkan PM Dengan Siasatan Kes Ismail Sabri
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menyiasat pemilik akaun TikTok ‘Gobalakrishnan’ susulan dakwaan mengaitkan Perdana Menteri dengan siasatan kes rasuah terhadap Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, video itu juga didakwa mengaitkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi oleh seorang lelaki berumur 63 tahun.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita akan mendapatkan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk mengenal pasti pemilik akaun berkenaan,” katanya pada Sabtu.

Terdahulu, video itu tular di media sosial kerana didakwa berunsur fitnah dan boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Pemilik TikTok ‘Gobalakrishnan’ dikesan membuat kenyataan jika menyokong Kerajaan Madani, kes tersebut akan digugurkan dan sekiranya tidak, kes terbabit akan disiasat.

SinarHarian-

Tags: Anwar IbrahimKes Ismail Sabri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Emas Miliki 14 Rekod Jenayah, Dadah Mati Ditembak

Next Post

Ops Sky: Ramai Penjawat Awam Bakal Berstatus Muflis – KP MDI

Related Posts

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

13/05/2025
0

MOSCOW - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah yang pertama bagi pemimpin negara ke Persekutuan...

Next Post
Ops Sky: Ramai Penjawat Awam Bakal Berstatus Muflis – KP MDI

Ops Sky: Ramai Penjawat Awam Bakal Berstatus Muflis - KP MDI

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd