• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Terima Satu Lagi Laporan Terhadap Doktor Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh

oleh Mohd Arshad
08/03/2025
dalam Terkini
1
Polis Terima Satu Lagi Laporan Terhadap Doktor Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menerima satu lagi laporan daripada seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa kepada seorang doktor perubatan sebuah hospital di sini, yang ditahan Khamis lepas kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, ia menjadikan sehingga kini tiga laporan polis telah dibuat terhadap doktor lelaki berusia 43 tahun itu.

Beliau berkata, dalam laporan polis yang dibuat semalam, wanita itu mendakwa kejadian berlaku pada 9.15 malam 20 Februari lepas di hospital tempat doktor pakar tersebut bertugas.

“Menurut wanita itu, doktor berkenaan telah meminta dia ke hospital untuk mengambil laporan ujian darah sebelum memperdayanya, kononnya dia ada penyakit jantung dan memerlukan pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Beliau berkata, wanita itu kemudiannya diminta berbogel dan berlari setempat, sebelum doktor berkenaan merakam perbuatan wanita tersebut menggunakan telefon bimbit.

Swee Sake berkata, polis turut menemui rakaman video berkenaan di telefon bimbit doktor tersebut dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan jika terdapat rakaman lain yang dibuat oleh suspek.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, lelaki yang telah berkahwin itu juga mengaku terlibat beberapa kes berkelakuan tidak senonoh terhadap beberapa mangsa lagi.

“Lelaki itu masih direman sehingga 10 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan pihak polis telah menahan reman lelaki itu pada 26 Februari lepas setelah menerima maklumat daripada pihak hospital berhubung perbuatannya, namun dia dibebaskan dengan jaminan polis pada 2 Mac.

Dua hari lepas, polis menahan semula doktor berkenaan susulan laporan oleh seorang wanita berhubung kelakuan tidak senonoh lelaki itu di sebuah klinik swasta, yang didakwa berlaku pada 2023, dan dia kini direman hingga 10 Mac.

Bernama-

Tags: doktorkelakuan tidak senonohpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

Next Post

Warga Emas Miliki 14 Rekod Jenayah, Dadah Mati Ditembak

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post
Warga Emas Miliki 14 Rekod Jenayah, Dadah Mati Ditembak

Warga Emas Miliki 14 Rekod Jenayah, Dadah Mati Ditembak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd