• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ridzokumura Nafi Ubatan Arwah Isteri Dirampas, Serah Sendiri Kepada Polis

oleh AK-47
07/03/2025
dalam Terkini
1
Ridzokumura Nafi Ubatan Arwah Isteri Dirampas, Serah Sendiri Kepada Polis
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura menafikan pihak polis merampas enam ubat di kediamannya bagi membantu siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Sebaliknya, Ridzuan atau nama sebenarnaya Abd Ridzuan Abdul Mutalib berkata, beliau sendiri menyerahkan ubat-ubatan berjenama Jepun itu kepada pihak berkuasa.

Malah menurutnya, kenyataan bahawa pil ubatan berkenan dirampas amat mengguris hati kerana ia boleh menimbulkan pelbagai tanggapan negatif daripada orang luar.

“Abang beri kerjasama kepada pihak polis, tanya sekiranya mereka ingin tahu (mengenai) ubat-ubatan Jepun yang diambil oleh Akiko.

“Memang dia (Akiko) ada ambil ubat Jepun, biasalah dia tentu percaya dengan ubatan dari negara itu.

“Tetapi bila abang terbaca berita yang memaklumkan polis rampas ubat itu, ia sangat menghiris hati sebab ubat itu bukan dirampas tetapi saya berikan sendiri kepada polis,” katanya menerusi sebuah vidoe yang dimuat naik di aplikasi TikTok pada Jumaat.

Sebelum ini Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan memaklumkan, pihaknya merampas enam jenis ubat-ubatan dari kediaman usahawan itu bagi membantu siasatan.

Akiko yang merupakan warga Jepun maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16 Subang Jaya pada Jumaat lalu dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemui setakat ini.

Dalam pada itu Ridzuan memberitahu, beliau tidak berniat untuk meminta simpati orang ramai sebaliknya hanya ingin mendedahkan perkara sebenar kepada mereka yang mengikuti kisah kematian isterinya.

“Tolonglah hentikan, saya bukannya mahu minta simpati tetapi janganlah keluarkan kenyataan seumpama itu. Saya cuma mahu betulkan keadaan.

“Sky (anak Ridzuan) sedang membesar, apa perasaan dia bila baca mengenai ubat itu dirampas, sudah tentu dia sedih,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: polisRidzokumuraubatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tindakan Tegas Tanpa Kompromi Terhadap Penghasut Kaum, Agama – Fahmi

Next Post

SPRM Diyakini Adil, Profesional Siasat Kes Ismail Sabri – Zahid

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post
SPRM Diyakini Adil, Profesional Siasat Kes Ismail Sabri – Zahid

SPRM Diyakini Adil, Profesional Siasat Kes Ismail Sabri - Zahid

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd