• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Beri Insentif TNG EWallet RM20 Galak Transaksi Tanpa Tunai Di Bazar Ramadan

oleh Mohd Arshad
06/03/2025
dalam Terkini
1
Johor Beri Insentif TNG EWallet RM20 Galak Transaksi Tanpa Tunai Di Bazar Ramadan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Seramai 48,000 Bangsa Johor berpeluang menerima insentif eWallet Touch ‘n Go bernilai RM20 dalam usaha menggalakkan transaksi tanpa tunai di lapan lokasi bazar Ramadan terpilih di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata program transaksi tanpa tunai itu bukan sahaja memudahkan urusan jual beli tetapi turut menyokong usahawan kecil serta ekonomi tempatan.

Katanya, usaha berkenaan sejajar dengan matlamat kerajaan negeri untuk memperkukuhkan ekonomi digital dan mendidik masyarakat ke arah penggunaan transaksi tanpa tunai secara lebih meluas.

“Sebanyak 1,000 pengunjung pertama di setiap lokasi terpilih berpeluang menerima insentif Touch ‘n Go eWallet RM20.

“Inisiatif ini diberikan kepada 48,000 penerima di Johor Bahru, Muar, Kluang, Segamat, Batu Pahat, Kota Tinggi, Mersing dan Pontian, bagi memudahkan urusan jual beli dengan lebih pantas, selamat dan cekap.

“Semoga inisiatif ini membawa manfaat kepada seluruh Bangsa Johor, bukan sahaja dalam kemudahan transaksi, tetapi juga dalam memastikan harga makanan yang berpatutan serta suasana bazar yang lebih teratur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri melalui 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) meluluskan sebanyak 200 lokasi bazar Ramadan dengan 11,202 petak niaga di seluruh Johor.

Selain itu, katanya, 28 Bazar Aidilfitri dengan 1,555 petak niaga turut disediakan bagi memenuhi keperluan rakyat menjelang Syawal.

“Lebih istimewa, bazar ini turut menjadi sebahagian daripada Program Bazar Ramadan Rahmah yang diadakan di seluruh negara bagi memberi lebih kemudahan kepada pengunjung untuk mendapatkan juadah berbuka puasa dengan harga berpatutan.

“Saya berharap inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada rakyat, bukan sahaja dalam memudahkan transaksi jual beli, tetapi juga dalam membantu peniaga kecil menjana pendapatan lebih baik sepanjang Ramadan.

“Semoga usaha ini membawa manfaat kepada seluruh Bangsa Johor bukan sahaja dalam kemudahan transaksi tetapi juga dalam memastikan harga makanan yang berpatutan serta suasana bazar yang lebih teratur,” katanya.

BHonline-

Tags: eWalletJohorTouch 'n Go
Share228Tweet143SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd