• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mentega Terbang: Pertuduhan Sah, Ikut Perlembagaan – Hakim

oleh Mohd Arshad
06/03/2025
dalam Terkini
1
Mentega Terbang: Pertuduhan Sah, Ikut Perlembagaan – Hakim
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit filem kontroversi, Mentega Terbang, gagal dalam permohonan mereka untuk merujuk persoalan berkait Perlembagaan ke Mahkamah Tinggi membabitkan pertuduhan melukakan perasaan agama orang lain, dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy, menolak permohonan pengarah terbabit, Mohd Khairianwar Jailani, 33, dan penerbit, Tan Meng Kheng, 38, untuk menentukan sama ada pertuduhan dikenakan terhadap mereka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK) itu melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi kebebasan bersuara.

Susulan keputusan hakim itu, kes berkenaan dikembalikan ke Mahkamah Majistret di sini untuk dibicarakan.

Dalam penghakimannya, Muniandy berkata, pertuduhan dikenakan terhadap kedua-dua pemohon itu adalah sah dan mengikut Perlembagaan.

“Dalam kes ini, mahkamah mendapati permohonan pemohon untuk membatalkan Seksyen 298 adalah tidak berasas.

“Mahkamah juga berpendapat tiada isu perlembagaan yang perlu dirujuk bagi menentukan prosiding jenayah di Mahkamah Majistret,” katanya.

Beliau berkata, penggunaan Seksyen 298 KK adalah sesuai dengan populasi Malaysia yang pelbagai kaum dan agama, justeru tindakan menjaga sensitiviti populasi, kaum serta agama adalah amat penting.

“Bagi Seksyen 298 KK, undang-undang ini masih kekal berkuat kuasa untuk menjaga keselamatan dalam negeri, termasuk ketenteraman awam.

“Seksyen 298 ini didapati sah dan mengikut Perlembagaan serta kekal berkuat kuasa mengikut Artikel 162 Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, permohonan pemohon ditolak,” katanya.

Prosiding hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob, manakala kedua-dua pemohon diwakili oleh peguam, N Surendran.

Sementara itu, Surendran ketika ditemui pemberita selepas prosiding pula berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Dalam permohonan yang difailkan sebelum ini, Mohd Khairianwar dan Meng Kheng mendakwa keputusan kerajaan mengharamkan filem itu adalah tidak rasional serta melanggar kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka mendakwa keputusan itu turut menjejaskan pendapatan mereka kerana filem berkenaan tidak dapat ditayangkan atau diedarkan ke mana-mana dalam negara.

Mengikut pertuduhan, Mohd Khairianwar dan Meng Kheng didakwa berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan melafazkan perkataan dalam pendengaran dan meletakkan objek dalam penglihatan orang, dengan berperanan sebagai pengarah, penulis skrip serta penerbit Mentega Terbang.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium di Jalan Semarak Api 2, di sini, jam 12.34 tengah hari 26 Februari 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 298 KK yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada Jun tahun lalu, Mahkamah Majistret membenarkan permohonan kedua-dua pemohon itu untuk merujuk dua persoalan Perlembagaan ke Mahkamah Tinggi.

Mereka juga memohon Mahkamah Tinggi untuk menentukan sama ada frasa melukakan perasaan agama seseorang, iaitu berkaitan unsur dalam kesalahan seksyen berkenaan, melanggar hak bagi perbicaraan adil kerana tidak sah dan tidak jelas.

Filem yang ditayangkan menerusi platform penstriman video itu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam kerana didakwa memaparkan adegan dengan unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama.

BHonline-

Tags: Mentega Terbang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Next Post

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Related Posts

Pengarah, Penerbit Mentega Terbang Cabar Perintah Larangan Mahkamah Majistret

Pengarah, Penerbit Mentega Terbang Cabar Perintah Larangan Mahkamah Majistret

19/01/2024
0

Kuala Lumpur : Pengarah dan penerbit filem kontroversi, Mentega Terbang memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi di sini, semalam bagi...

Lu Dengan Family Mesti Mati – Pengarah Mentega Terbang Diancam Bunuh

Lu Dengan Family Mesti Mati – Pengarah Mentega Terbang Diancam Bunuh

17/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Pengarah filem Mentega Terbang, Khairi Anwar semalam mendedahkan telah menerima ancaman bunuh daripada individu tidak dikenali. Ikuti...

Next Post
Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd