• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah, Penerbit Mentega Terbang Cabar Perintah Larangan Mahkamah Majistret

oleh Mohd Arshad
19/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengarah, Penerbit Mentega Terbang Cabar Perintah Larangan Mahkamah Majistret
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Pengarah dan penerbit filem kontroversi, Mentega Terbang memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi di sini, semalam bagi mencabar perintah larangan dikeluarkan Mahkamah Majistret terhadap mereka.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peguam Zaid Malek yang mewakili kedua-duanya mengesahkan permohonan semakan berkenaan dibuat atas alasan larangan itu menyalahi undang-undang dan menyekat kebebasan bersuara.

“Perintah itu melarang anak guam daripada membincangkan dan memberi komen mengenai kes berkenaan kepada media serta orang awam.

“Kita fail semakan itu semalam dan sebutan kesnya ditetapkan di Mahkamah Tinggi pada 9 pagi, 24 Januari ini,” katanya hari ini.

Menurutnya, berkaitan satu lagi permohonan mengenai persoalan perlembagaan, pihaknya belum menfailkannya lagi kerana masih dalam proses.

Kelmarin, pengarah dan penulis skrip, Mohd Khairianwar Jailani, 32, dan penerbit, Tan Meng Kheng, 37, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melukakan perasaan agama lain di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim dan Aina Azahra Arifin.

Kedua-dua majistret itu kemudian membenarkan cadangan syarat tambahan pihak pendakwaan supaya kedua-dua tertuduh dikenakan larangan memberi kenyataan dan komen mengenai kes itu hingga ia selesai.

Mengikut pertuduhan, Mohd Khairianwar dan Tan didakwa sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan melafazkan perkataan dalam pendengaran dan meletakkan objek dalam penglihatan orang, dengan berperanan sebagai pengarah, penulis skrip dan penerbit Mentega Terbang.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Jalan Semarak Api 2, di sini, jam 12.34 tengah hari pada 26 Februari 2023, mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa kepada hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Bulan lalu, kedua-dua lelaki berkenaan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar tindakan kerajaan mengharamkan filem berkenaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan filem itu pada 1 September tahun lalu, yang mana kedua-dua lelaki terbabit mendakwa ia satu tindakan tidak rasional yang melanggar kebebasan bersuara dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ditayangkan menerusi platform penstriman Viu, filem berdurasi 104 minit itu mengisahkan ‘konflik keagamaan’ yang dihadapi seorang remaja beragama Islam bernama Aisyah, yang mempelajari agama lain terutama dalam mencari jawapan kepada persoalan hidup selepas mati.

-Harian Metro

Tags: mahkamah majistretMentega TerbangPerintah Larangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Akta Parlimen Penggal Tetap Gugur Kuasa PM Tentu Tarikh PRU’

Next Post

‘Kami Tak Pernah Nafi Miliki Aset Di Luar Negara’ – Isteri Daim

Related Posts

Mentega Terbang: Pertuduhan Sah, Ikut Perlembagaan – Hakim

Mentega Terbang: Pertuduhan Sah, Ikut Perlembagaan – Hakim

06/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit filem kontroversi, Mentega Terbang, gagal dalam permohonan mereka untuk merujuk persoalan berkait Perlembagaan ke Mahkamah...

Mahkamah Majistret Tolak Permohonan Reman Terhadap Ustaz Husam

Mahkamah Majistret Tolak Permohonan Reman Terhadap Ustaz Husam

22/06/2023
0

Kangar : Mahkamah Majistret Kangar hari ini, menolak permohonan reman daripada polis terhadap pendakwah bebas terkenal, Ahmad Husam Ahmad Baderudin...

Next Post
‘Kami Tak Pernah Nafi Miliki Aset Di Luar Negara’ – Isteri Daim

'Kami Tak Pernah Nafi Miliki Aset Di Luar Negara' - Isteri Daim

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd