• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

oleh Mohd Arshad
05/03/2025
dalam Jenayah
3
14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Polis menahan 14 lelaki yang dipercayai terbabit kes merusuh dan khianat di hadapan sebuah pusat sukan, di Jalan Austin Heights di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua warga tempatan yang berusia 19 hingga 46 tahun itu ditahan anggota Bahagian D7 Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) dalam operasi pukul 12.55 tengah malam hingga 3 pagi hari ini.

“Dalam kejadian 1.30 pagi semalam, mangsa lelaki warga tempatan berusia 20 tahun yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda didatangi sekumpulan individu yang menyerang dan merosakkan kenderaan mangsa.

“Akibatnya, mangsa luka di akibat terkena serpihan kaca,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata, hasil semakan rekod mendapati 10 daripada suspek mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Katanya empat suspek pula tiada sebarang rekod jenayah dan semakan lanjut juga mendapati semua suspek berkenaan tidak dikehendaki polis.

“Hasil saringan ujian air kencing ke atas semua suspek mendapatinya negatif dadah.

“Kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat depan (7 Mac) bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang menyebabkan kerugian atau kerosakan harta benda.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata atau objek berbahaya.

-Harian Metro

Tags: khianatMerusuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MOF Sahkan Insiden Kematian Kakitangan Di Pejabat Perbendaharaan

Next Post

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Related Posts

18 Individu Termasuk Dua Wanita Didakwa Merusuh

18 Individu Termasuk Dua Wanita Didakwa Merusuh

29/11/2024
0

BALIK PULAU - Seramai 18 individu termasuk dua wanita yang terlibat dengan pergaduhan di hadapan Queen Water Front Q1 Bayan...

Pejabat Simpan Resit, Kompaun MBKT Terbakar Mungkin Kerana Khianat

Pejabat Simpan Resit, Kompaun MBKT Terbakar Mungkin Kerana Khianat

28/04/2024
0

Kuala Terengganu : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan kebakaran yang berlaku di pejabat Majlis Bandaraya Kuala...

Next Post
Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd