• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Maut Motosikal Ditunggang Dirempuh Pikap

oleh Mohd Arshad
02/03/2025
dalam Terkini
0
Remaja Maut Motosikal Ditunggang Dirempuh Pikap
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK: Seorang remaja maut dalam kemalangan membabitkan pikap dan motosikal di Jalan Kampung Teluk-Kemudi di hadapan Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok di sini, malam tadi.

Mangsa berusia 15 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan seorang penumpang pikap jenis Nissan Navara tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata kemalangan jam 9.20 malam itu dipercayai berlaku ketika Nissan Navara dari Machang menghala Kampung Balai, Bachok tidak sempat mengelak sebuah kereta di hadapannya yang secara tiba-tiba ke kiri jalan bagi mengelak motosikal ditunggang mangsa dan pembonceng.

“Disebabkan gagal mengelak, pemandu pikap bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad Ismail berkata, pemandu pikap roda itu ditahan empat hari bagi membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BHonline-

Tags: remaja mautrempuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

Next Post

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

Related Posts

Gangguan Khidmat Perbankan, Maybank Mohon Maaf

Lori Sampah Rosak Brek Rempuh 14 Kenderaan

10/04/2024
1

Shah Alam: Gara-gara brek tidak berfungsi, sebuah lori sampah merempuh 14 kenderaan yang berhenti di lampu isyarat persimpangan Lebuhraya Persekutuan/Lebuhraya...

Lelaki Cuba Rempuh Polis Dicekup

Lelaki Cuba Rempuh Polis Dicekup

18/04/2023
0

KULIM – Seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan selepas bertindak agresif dengan cuba merempuh anggota polis dalam operasi pencegahan jenayah...

Next Post
Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd