• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungan Saya Dengan Najib Profesional, Formal – Bekas Pengerusi 1MDB

oleh Mohd Arshad
27/02/2025
dalam Utama & Sensasi
1
Hubungan Saya Dengan Najib Profesional, Formal – Bekas Pengerusi 1MDB
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Che Lodin Wok Kamarudin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau tidak mempunyai akses yang mudah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Che Lodin yang memberikan keterangan selaku saksi ke-12 bagi pihak pembelaan (Najib), berkata seperti orang lain, beliau juga akan membuat janji temu jika mahu berjumpa dengan Najib yang juga bekas Menteri Kewangan.

“Saya mempunyai hubungan profesional, formal dengan Datuk Seri Najib walaupun mengenali beliau sekitar empat hingga lima dekad,” katanya.

Che Lodin berkata demikian ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar pada prosiding bela diri Najib yang berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Pemeriksaan balas pendakwaan itu mengenai hubungan Che Lodin dengan Najib berikutan saksi itu sebelum ini ketika membacakan kenyataannya, berkata bahawa beliau bukan proksi kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Kamal Baharin mempersoalkan mengapa saksi membuat pengakuan sedemikian sedangkan beliau tidak menyebut langsung mengenai hubungannya dengan Najib dalam kenyataan saksi berkenaan.

Kamal Baharin: Tan Sri, setuju dengan saya bahawa dalam pernyataan saksi, tan sri langsung tidak menceritakan mengenai hubungan dengan Datuk Seri Najib?

Che Lodin: Ya

Kamal Baharin: Tetapi, tiba-tiba Tan Sri menafikan bahawa tan sri proksi Datuk Seri Najib. Kenapa tiba-tiba Tan Sri menafikan, bukankah ini ganjil?

Che Lodin: Saya sentiasa melihat pelantikan ini sebagai sesuatu yang profesional, jika hendak katakan saya rapat dengan Najib, mungkin tidak.

“Saya mengenali Najib hampir 40 hingga 50 tahun, beliau adalah menteri saya ketika saya di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), tetapi kebanyakan pergaulan secara formal.

“Pada pendapat saya, proksi ialah apabila tolong jaga kepentingan saya, letak saham atas nama saya, itulah yang saya maksudkan dengan proksi,” katanya.

Sementara itu, Che Lodin berkata, khabar mengenai potensi pelantikannya sebagai pengerusi dimaklumkan oleh Pengarah Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) ketika itu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Menurut saksi, beliau mengambil kata-kata Shahrol Azral dan tidak membuat semakan mengenai perkara itu daripada Najib.

“Saya menghormati senior saya terutamanya (perdana menteri), saya tidak mempunyai akses mudah kepada Najib. Apabila saya mahu berjumpa dengannya, saya buat temu janji, dia seorang yang sibuk,” katanya.

Ketika ditanya sama ada pemilihan Najib itu adalah satu bentuk arahan, Che Lodin menjawab, ‘tidak, tiada paksaan di pihak saya untuk menerima.”

Che Lodin berkata, beliau kemudian menerima surat pelantikannya yang ditandatangani Najib.

“Rancangan kerajaan untuk menubuhkan syarikat pelaburan strategik negara ini adalah untuk kebaikan rakyat.

“Bakke (bekas pengerusi Tan Sri Mohd Bakke Salleh) dan lain-lain adalah sebahagian daripadanya] jadi saya berasa berbesar hati dipilih oleh PM ketika itu,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin depan.

BHonline-

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pindaan Akta BERNAMA 1967 Tepat Pada Masanya – Pengamal media

Next Post

Pertukaran Tahanan Terakhir Hamas-Israel

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post
Pertukaran Tahanan Terakhir Hamas-Israel

Pertukaran Tahanan Terakhir Hamas-Israel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd