• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

oleh Mohd Arshad
20/02/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad ‘No to Drugs’ pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit permohonan penganjuran konsert di negeri ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia adalah antara cadangan yang sudah dikemukakan kepada kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) awal bulan ini.

Beliau berkata, langkah itu bagi memperketatkan lagi syarat kepada penganjur acara hiburan itu.

“Sebelum ini, apa yang berkaitannya (larangan penggunaan dadah di konsert) hanya pada tiket konsert sahaja.

“Jadi, ini secara langsung dalam mengekang penggunaan dadah dalam mana-mana konsert. Syarat akan diletakkan dalam permit dikeluarkan pihak berkuasa tempatan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Selangor, di sini, hari ini.

Media pada Januari lalu melaporkan Polis Selangor mencadangkan keperluan garis panduan baharu dalam sesuatu penganjuran konsert termasuk dari segi bilangan pengunjung mengikut keluasan tempat selain aspek keselamatan dari penjualan dadah serta pengudaraan.

Ini susulan kematian empat termasuk dua wanita berusia 20 hingga 40-an maut disyaki akibat pengambilan ekstasi selepas menghadiri konsert ‘Pinkfish’ di Bandar Sunway dekat sini.

Laporan patologi mengesahkan punca kematian membabitkan tiga pengunjung di konsert tersebut berpunca daripada pengambilan dadah jenis perangsang.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, pihaknya juga sudah memberikan taklimat kepada Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hasil daripada siasatan kejadian konsert Pinkfish itu.

“Kita juga ada cadangkan langkah-langkah tambahan kepada pihak penganjur konsert. Polis juga akan meningkatkan risikan dalam atau semasa konsert bagi tujuan mencecah pengambilan dadah ini,” katanya.

Beliau berkata, cadangan yang diusulkan bukan untuk menghalang penganjuran konsert sebaliknya memastikan penganjurannya lebih berhemah supaya tiada kejadian malang berulang terutamanya di Selangor.

BHonline-

Tags: KonsertKPKTpapan tandaselangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ASEAN Setuju Perkasa Strategi Banteras Jenayah Rentas Sempadan, Penyeludupan Migran

Next Post

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Related Posts

Selangor Arah Peniaga Vape Turunkan Iklan Jualan, Promosi

Selangor Arah Peniaga Vape Turunkan Iklan Jualan, Promosi

22/05/2025
0

KLANG: Kerajaan negeri mengarahkan semua peniaga rokok elektronik (e-rokok) atau vape menurunkan iklan jualan dan promosi berkaitan e-rokok sebelum tindakan...

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjangkakan kediaman yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights,...

Next Post
Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd