• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

oleh Mohd Arshad
16/02/2025
dalam Jenayah
0
Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat, kata Pengarah Jabatan Imigresen (Imigresen) Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata berdasarkan soal siasat, purata upah dibayar kepada tekong darat adalah sekitar RM4,500 seorang dan jumlah itu berbeza-beza mengikut kewarganegaraan pendatang asing berkenaan.

“Upah itu mungkin bertambah jika dihantar ke lokasi lain seperti Selangor dan Johor, dengan pendatang asing ini kebanyakannya dibawa masuk melalui laluan haram di sempadan negara pada waktu tertentu bagi mengelak pihak berkuasa.

“Justeru, tidak hairanlah tekong darat ini sanggup mengambil risiko walaupun tahu perbuatan berkenaan menyalahi undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Suai Kenal bersama Media Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Yusoff berkata kebiasaannya warga asing yang dibawa masuk akan ditempatkan di rumah atau hotel transit sebelum dihantar ke lokasi seterusnya.

“Untuk masuk ke negara ini, mereka akan menggunakan sindiket dengan tekong darat akan mengenakan caj mengikut kepala dan destinasi yang dituju,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya menggalakkan orang ramai yang ingin berkunjung ke Thailand agar menggunakan pasport antarabangsa ekoran bekalan pas sempadan yang terhad.

“Buat masa sekarang, pas sempadan hanya boleh dibuat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini sahaja dengan had sebanyak 200 keping sehari.

“Pas sempadan masih ada namun agak berkurangan dan dijangkakan permintaan lebih tinggi ketika musim perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya.

Bernama-

Tags: Patisindiket penyeludupan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anak Buaya Sesat Masuk UniSZA

Next Post

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah Akan Ditambah Baik, Beri Manfaat Kepada Pekerja

Related Posts

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

3 Lelaki Lindungi 58 PATI Ditahan

3 Lelaki Lindungi 58 PATI Ditahan

01/07/2024
0

KOTA TINGGI: Seorang penyelia dan dua penjaga kilang ditahan kerana melindungi 58 pendatang asing tanpa izin (PATI) di sebuah kilang...

Next Post
Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah Akan Ditambah Baik, Beri Manfaat Kepada Pekerja

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah Akan Ditambah Baik, Beri Manfaat Kepada Pekerja

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd