• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Erdogan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

oleh Mohd Arshad
10/02/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Erdogan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pesawat yang membawa Erdogan mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.10 petang.

Ketibaan beliau yang diiringi Wanita Pertama Turkiye Emine, disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir menyambut delegasi dari Turkiye ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Erdogan kemudian memeriksa barisan kawalan kehormatan oleh 28 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) sebelum berlepas ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bersama Anwar.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, lawatan Erdogan mencerminkan hubungan antara kedua-dua negara yang terus kukuh, berdasarkan keakraban yang telah lama terjalin, terutama selepas peningkatan tahap hubungan kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada Julai 2022.

Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini telah mengesahkan komitmennya untuk mengukuhkan integrasi serantau dan memupuk perkongsian di luar rantau ini.

Turkiye sebagai Rakan Dialog Sektoral ASEAN, berada pada kedudukan yang baik untuk memainkan peranan penting dalam memajukan keutamaan ekonomi ASEAN.

Turkiye menjadi Rakan Dialog Sektoral ASEAN pada 2017, dengan Bidang Kerjasama Praktikal ASEAN-Turkiye (2024-2028) berfungsi sebagai rangka kerja untuk kerjasama strategik antara ASEAN dan Turkiye.

Pada tahun 2024, Turkiye merupakan rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar dan sumber import keempat terbesar dalam kalangan negara Asia Barat.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Turkiye direkodkan pada RM24.13 bilion (USD5.28 bilion) pada 2024, peningkatan 18.7 peratus berbandinhg 2023.

-Sinar Harian

Tags: Erdoganlawatan rasmiTurkiye
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Lelaki Warga Taiwan Didakwa Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

Next Post

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Related Posts

Lawatan Rasmi Xi Jinping: Kesesakan Lalu Lintas Ditangani Sebaiknya

Lawatan Rasmi Xi Jinping: Kesesakan Lalu Lintas Ditangani Sebaiknya

15/04/2025
0

SHAH ALAM – Lalu lintas yang ditutup dan dilencongkan pada Selasa melibatkan laluan dari Lebuh KLIA ke Jalan P5, Putrajaya,...

Presiden Uzbekistan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari

Presiden Uzbekistan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari

04/02/2025
0

Sepang : Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia atas...

Next Post
Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd