• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Sky: 18 Individu Lagi Akan Dipanggil, Kata Azam Baki

oleh Mohd Arshad
09/02/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Op Sky: 18 Individu Lagi Akan Dipanggil, Kata Azam Baki
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seramai 18 individu akan dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman melibatkan syarikat perunding kewangan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini, seramai 39 keterangan saksi terbabit sudah dirakam keterangan.

“Dalam tempoh terdekat ini, kita akan memanggil lagi kira-kira 18 individu yang telah dikenal pasti untuk dirakam keterangan.

“Setakat ini, siasatan masih lagi berjalan dan kita masih memerlukan masa untuk melengkapkannya secara keseluruhan,” katanya pada Ahad.

Tambah Azam, SPRM juga sedang bekerjasama dengan beberapa pihak bank untuk mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan pinjaman oleh pelanggan yang dikenal pasti.

Januari lalu, SPRM menerusi Op Sky berjaya menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan.

Ia hasil penahanan 12 individu dalam serbuan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) di 24 lokasi menerusi Op Sky, meliputi rumah kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang.

Berikutan itu, sebanyak 4,000 dokumen juga telah dirampas bagi membantu siasatan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebanyak RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam dan modus operandi dipercayai mempunyai unsur rasuah dan pengubahan wang haram.

Kegiatan rasuah dilakukan oleh pegawai institusi perbankan yang membantu memproses serta meluluskan permohonan pinjaman peribadi pelanggan melalui sebuah syarikat perunding kewangan.

Pegawai terbabit dipercayai menerima rasuah daripada syarikat perunding kewangan yang menyediakan dokumen dipercayai mengandungi maklumat palsu pelanggan ingin membuat pinjaman peribadi.

Terbaharu, Azam juga mengesahkan kehadiran tiga selebriti di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada Khamis lepas, bagi membantu siasatan kes Op Sky ini.

SinarHarian-

Tags: DipanggilindividuOp Sky
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada CIA, Tiada FBI – Fandi

Next Post

Tembakan Di Setia Alam: Kawalan Keselamatan Di Pusat Beli-belah Diperketat

Related Posts

Individu Dipanggil Sertai PLKN 3.0 Wajib Hadir – JLKN

Individu Dipanggil Sertai PLKN 3.0 Wajib Hadir – JLKN

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Individu yang dipanggil menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, wajib hadir dan sekiranya berhalangan mereka perlu...

Op Sky: SPRM Dalam Fasa Lengkapkan Kertas Siasatan

Op Sky: SPRM Dalam Fasa Lengkapkan Kertas Siasatan

07/02/2025
0

SHAH ALAM - Tiga selebriti telah dirakam keterangan pada Khamis bagi siasatan lanjut berhubung Op Sky melibatkan pinjaman peribadi penjawat...

Next Post
Tembakan Di Setia Alam: Kawalan Keselamatan Di Pusat Beli-belah Diperketat

Tembakan Di Setia Alam: Kawalan Keselamatan Di Pusat Beli-belah Diperketat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd