• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Individu Dipanggil Sertai PLKN 3.0 Wajib Hadir – JLKN

oleh Mohd Arshad
08/02/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Individu Dipanggil Sertai PLKN 3.0 Wajib Hadir – JLKN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Individu yang dipanggil menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, wajib hadir dan sekiranya berhalangan mereka perlu membuat permohonan untuk menangguhkan kemasukan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Mejar Jen Datuk Ya’cob Samiran berkata, bagi individu yang sedang bekerja, mereka perlu mendapat kebenaran daripada majikan untuk pelepasan dan pihak majikan harus memberikan justifikasi jika mereka tidak memberi pelepasan kepada bakal pelatih.

“Jadi sekiranya majikan tidak membenarkan, itu ada proses lain yang kita akan laksanakan,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan menembak senjata ringan PLKN 3.0 2025 di Lapang Sasar Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Perdana Sungai Besi di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, permohonan penangguhan itu perlu dilakukan pada siri kedua dan seterusnya kerana hanya siri pertama PLKN 3.0, para pelatih hadir secara sukarela.

Mengulas mengenai sesi latihan menembak senjata ringan, Ya’cob berkata, ia dibahagikan kepada dua hari iaitu hari ini dengan seramai 67 pelatih dan esok bagi 53 pelatih.

Beliau berkata, bagi sesi hari ini, seramai 40 pelatih lelaki dan 27 wanita memulakan sesi latihan pada 9 pagi dipantau 10 jurulatih daripada Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Para pelatih sebelum menembak ini, mereka diberikan peluang atau diberi pendidikan berkenaan dengan pengurusan senjata sekurang-kurangnya lebih seminggu,” katanya.

Tinjauan Bernama mendapati sesi menembak senjata ringan dimulakan dengan latihan pelarasan senjata ringan pada jarak 25 meter (m) diikuti jarak 100m menggunakan senapang M16.

Sebelum latihan bermula, jurulatih Kapten Muhammad Shawal Mohamad Illias memberikan taklimat keselamatan kepada kesemua pelatih termasuk pengamal media yang hadir.

Pada 12 Januari, seramai 120 pelatih diterima menyertai PLKN 3.0 siri pertama 2025 membabitkan 80 pelatih lelaki dan 40 wanita berumur antara 18 hingga 25 tahun.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan jumlah itu termasuk 13 orang yang hadir secara terus datang pada sesi pendaftaran di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini, membabitkan pelbagai latar belakang bangsa, agama, pendidikan dan lokaliti.

Bernama-

Tags: individuJLKNPLKN 3.0
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Next Post

Polis Peru Selamatkan 123 Wanita, Gadis Daripada Eksploitasi Seksual

Related Posts

Op Sky: 18 Individu Lagi Akan Dipanggil, Kata Azam Baki

Op Sky: 18 Individu Lagi Akan Dipanggil, Kata Azam Baki

09/02/2025
0

SHAH ALAM - Seramai 18 individu akan dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan...

Op Sky: 6 Lagi Individu Direman

Op Sky: 6 Lagi Individu Direman

23/01/2025
0

PUTRAJAYA: Enam lagi individu direman lima hari hingga Isnin ini untuk membantu siasatan kes rasuah sebagai balasan membantu memproses dan...

Next Post
Polis Peru Selamatkan 123 Wanita, Gadis Daripada Eksploitasi Seksual

Polis Peru Selamatkan 123 Wanita, Gadis Daripada Eksploitasi Seksual

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd