• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Sangka Zayn Rayyan Hilang Kerana Disorok Hantu

oleh Mohd Arshad
06/02/2025
dalam Jenayah, Terkini
0
Saksi Sangka Zayn Rayyan Hilang Kerana Disorok Hantu
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa dia pada awalnya menyangka Zayn Rayyan Abdul Matin, hilang disorok hantu, sebelum mayat kanak-kanak autistik itu ditemui di aliran sungai dalam kawasan belukar berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember 2023.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pegawai khidmat pelanggan, Ahmad Nur Syaruddin Mad Zawawi, 36, berkata dia bersama dua individu lain terdorong untuk mencari Zayn Rayyan di kawasan belukar di bahagian belakang Blok R pangsapuri itu, disebabkan percaya terdapat unsur mistik berhubung kehilangan kanak-kanak itu.

Dia yang juga saksi pendakwaan ketujuh memaklumkan perkara itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Aqharie Durranie Aziz.

Aqharie: Terangkan kenapa berjalan ke belakang Blok R, siapa maklumkan?

Syaruddin: Tiada yang maklumkan apa-apa, kami terasa… sebab orang Islam fikir kadang-kadang perkara mistik.

Aqharie: Selepas jalan ke belakang Blok R, apa yang berlaku?

Syaruddin: Kami mula pencarian di khemah, kemudian ke hilir anak sungai sehingga penemuan jenazah.

Saksi itu berkata demikian pada hari keempat prosiding perbicaraan kes pengabaian dihadapi ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Haresh Mahadevan yang mewakili pasangan suami isteri itu, saksi sama menjelaskan unsur mistik disebutkan merujuk kepada kehilangan mangsa disebabkan disorok hantu atau syaitan.

Haresh: Sebentar tadi kamu beritahu mahkamah mengenai unsur mistik, boleh jelaskan apa itu?

Syaruddin: Kita sebagai orang Islam percaya kepada perkara mistik seperti hantu dan syaitan. Kita masih percaya perkara itu.

Haresh: Jadi kamu percaya ada unsur mistik dalam penemuan jasad Zayn Rayyan?

Syaruddin: Bukan pada penemuan jasad, (tetapi) masa awal kehilangan saya sangka dia disorok oleh hantu.

Saksi itu juga meluahkan rasa terkejut apabila dirujuk gambar memaparkan baju dipakai mangsa kelihatan kotor, sedangkan menurutnya baju mangsa berwarna putih bersih umpama pakaian baharu ketika ditemui.

Dia yang tinggal di Apartment Harmoni berhampiran Apartment Idaman juga memaklumkan, pada malam penemuan jasad Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan dilihat meracau-racau sehingga dihalang daripada mendekati mayat anaknya.

“Saya tak ingat apa yang disebut kerana banyak sangat dia (Zaim Ikhwan) cakap, dia mencarut juga.

“Dia datang ke lokasi penemuan mangsa hendak tengok jenazah, tetapi dia dalam keadaan meracau… jadi anggota polis tak benarkan dia mendekati kawasan itu,” katanya.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun, didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar Jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Prosiding perbicaraan bersambung pada esok.

-Berita Harian

Tags: HantuKes Zayn Rayyansaksi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu BMW Langgar Lari Serah Diri

Next Post

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Related Posts

Ada Elemen Pengabaian Oleh Ibu Bapa Zayn Rayyan – Pegawai Penyiasat

Ada Elemen Pengabaian Oleh Ibu Bapa Zayn Rayyan – Pegawai Penyiasat

24/04/2025
0

PETALING JAYA: Seorang pegawai penyiasat dalam kes Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terdapat...

Kesan Darah Di Dalam Bilik Adalah Milik Zayn Rayyan – Saksi

Kesan Darah Di Dalam Bilik Adalah Milik Zayn Rayyan – Saksi

22/04/2025
5

PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa kesan darah di dalam bilik rumah yang didiami Allahyarham...

Next Post
Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd