• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Apabila Premis Jual Arak, Yang Tak Boleh Minum Jangan Belilah’ – Kor Ming

oleh Mohd Arshad
26/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Apabila Premis Jual Arak, Yang Tak Boleh Minum Jangan Belilah’ – Kor Ming
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengingatkan semua pihak supaya menghormati hak individu dan tidak menjadikan penjualan arak sebagai isu khususnya menjelang Tahun Baharu Cina.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ini kerana, katanya perniagaan syarikat arak mempunyai lesen dan operasi mereka tidak menyalahi di sisi undang-undang.

“Apabila (ada) premis jual arak, yang tak boleh (haram) minum jangan belilah.

“Tetapi kita tak boleh larang orang yang boleh minum. Itu hak dia sebab itu (kita perlu) hormat-menghormati,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pasar Pasir Pinji dan lawatan di Pasar Taman Canning di sini, hari ini.

Terdahulu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dilapor akan mengkaji pelaksanaan dasar larangan penjualan minuman keras oleh premis di dalam kawasan majoriti penduduk beragama Islam seperti dilaksanakan di Gugusan Manjoi.

Dalam pada itu, Kor Ming menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengekalkan ‘status quo’ atau dasar sedia ada berhubung jualan minuman keras di premis perniagaan dalam kawasan seliaan masing-masing.

“Syarikat (arak) pun syarikat tersenarai awam. Dia juga bayar cukai untuk kita bangunkan negara. Jadi kita harus adil kepada semua,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya terdapat permintaan komuniti setempat untuk menyekat jualan arak di sesuatu kawasan, PBT akan meneliti dan menilai permintaan terbabit.

Kor Ming berkata, Malaysia kini atas landasan betul dan semua pihak harus fokus memelihara keharmonian.

“Mengapa kita nak bazir masa. Jangan jadikan perkara ini sebagai isu, sebab itu saya sentiasa nasihat kita jangan hilang fokus dengan isu remeh yang tidak membina.

“Apabila kita terjerumus dalam pelbagai isu polemik, ia tidak membantu siapa pun, dia merugikan semua pihak,” katanya.

BHonline-

Tags: jual arakKor Mingpremis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tolak Perkauman Dan Ektremis Agama, Bersatu Hati Bawah Payung PMX – Nga Kor Ming

Tolak Perkauman Dan Ektremis Agama, Bersatu Hati Bawah Payung PMX – Nga Kor Ming

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan fitnah berbaur perkauman serta ektremis agama...

Ucapan Alhamdulillah, Sujud Syukur, Siti Zailah Dakwa Kor Ming Permainkan Islam

Ucapan Alhamdulillah, Sujud Syukur, Siti Zailah Dakwa Kor Ming Permainkan Islam

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff mempersoalkan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd