• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 Akan Dibuat Semula – King Sing

oleh AK-47
09/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Video Promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 Akan Dibuat Semula – King Sing
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya, dan dijangka dapat disiarkan dalam tempoh seminggu, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, pihak kementerian dan agensi yang berkaitan telah diminta menghasilkan video-video promosi, dan membahagikan promosi negeri berkenaan mengikut zon, memandangkan beliau tidak berpuas hati dengan hasil akhir video yang ditunjukkan kepadanya pada Khamis.

“Saya mahu video itu dibahagikan mengikut zon, supaya orang ramai faham, negeri ini ada apa (tarikan setiap negeri) bukan kita lompat sini, lompat sana… akhir sekali pelancong dari luar negara pun keliru, tak tahu mana satu (tarikan) di negeri itu.

“Kita promosi setiap negeri dengan teratur, saya minta semua kerajaan negeri, masing-masing bekerjasama, bekalkan kita dengan maklumat, destinasi pelancongan, produk atau pakej (pelancongan) yang baharu, atau makanan yang kita rasa paling sedap, kita boleh masukkan (dalam video) untuk dipromosi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Sesi Libat Urus bersama Pemain Industri Pelancongan (Wilayah Tengah) 2025 di sini pada Khamis.

Sementara itu King Sing berkata, video montaj yang dipertontonkan semasa majlis pelancaran logo, maskot, lagu tema, dan reka bentuk paparan corak pada kapal terbang bagi TMM2026 Isnin lepas, bukanlah video yang akan digunakan bagi tujuan promosi.

Beliau berkata, ia hanyalah video pelancaran ringkas dan pendek berdurasi 41 saat.

King Sing turut mengingatkan semua pihak terutama warganet agar tidak mempolitikkan isu ini atau menjadikannya sebagai isu agama atau perkauman, dan berkata pihaknya terbuka untuk menerima pandangan atau kritikan membina daripada pelbagai pihak.

Video yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Tourism Malaysia itu memaparkan beberapa destinasi tumpuan pelancong antaranya Jalan Petaling dan Pasar Seni di Kuala Lumpur, Gua Mulu (Sarawak), Skywalk Langkawi (Kedah), Batu Caves (Selangor) dan gereja lama di Melaka.

Pada Rabu, King Sing berkata, elemen seni bina masjid akan dimasukkan dalam video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 yang lebih terperinci dalam masa terdekat. 

-Bernama

Tags: tiong king singvideo promosi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Beri Amaran Keras Kepada King Sing, MOTAC Isu Arak

PM Beri Amaran Keras Kepada King Sing, MOTAC Isu Arak

07/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong...

Lelaki Mabuk Buat Kecoh, Gaduh Dengan Pekerja Restoran

Ammar Diturunkan Pangkat Kerana Prestasi Kerja, Bukan Dipecat – King Sing

24/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menafikan memecat Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd