• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Didenda RM3,000 Libas Anak Saudara Dengan Mesin Rumput

oleh Mohd Arshad
09/01/2025
dalam Jenayah, Terkini
0
Lelaki Didenda RM3,000 Libas Anak Saudara Dengan Mesin Rumput
Share on FacebookShare on Twitter

Chukai : Pekerja pembersihan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini, atas tuduhan melibas seorang wanita yang juga anak saudaranya dengan mesin pemotong rumput Disember tahun lalu menyebabkan mangsa menerima 20 jahitan di dahi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mohd Hanafi Ngah, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.

Sharifah Amirda Shahsa kemudiannya mengarahkan tertuduh dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Hanafi didakwa melibas mesin rumput sehingga menyebabkan mangsa yang berusia 23 tahun mengalami kecederaan di dahi.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di Kampung Teluk Kalong, Kemaman pada 22 Disember tahun lepas, kira-kira jam 4 petang.

Sehubungan itu dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lim Zhan Yi sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh yang ditahan polis Ahad lalu dikatakan bertindak demikian selepas berlaku perselisihan faham dengan anak saudaranya itu menyebabkan wanita itu menerima 20 jahitan di dahi.

-Harian Metro

Tags: dendaLibasmesin rumput
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd