• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taiwan, China Berbalah Mengenai Kerosakan Kabel Dasar Laut

oleh Mohd Arshad
09/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Taiwan, China Berbalah Mengenai Kerosakan Kabel Dasar Laut
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPEI : Taiwan dan China saling tuduh menuduh berhubung kerosakan kabel komunikasi dasar laut di luar pantai pulau itu, yang disyaki kerajaan di Taipei ada kaitan dengan sebuah kapal milik China, sekali gus membangkitkan kebimbangan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pemilik kapal berkenaan, yang bercakap kepada Reuters semalam, berkata tiada bukti bahawa kapalnya terbabit.

Namun, pengawal pantai Taiwan mengesyaki kapal itu merosakkan kabel di luar pantai utara pulau itu lewat minggu lalu, tetapi tidak dapat menaikkannya untuk menyiasat berikutan keadaan cuaca buruk.

Pengawal pantai berkata, pihaknya ‘tidak menolak kemungkinan’ kapal yang didaftarkan di Cameroon dan Tanzania tetapi dimiliki syarikat Hong Kong, terbabit dalam aktiviti ‘zon kelabu’.

Bagaimanapun, ia tidak memberikan sebarang bukti konkrit mengenai dakwaan itu.

Taiwan, yang didakwa China sebagai wilayahnya sendiri, sudah berulang kali mengadu mengenai aktiviti China di ‘zon kelabu’di sekitar pulau itu, yang sengaja dilakukan bagi memberi tekanan tanpa pertembungan langsung, seperti menerbangkan belon menceroboh ruang udara Taiwan dan mengorek pasir di kawan yang dipertikaikan.

Lewat semalam, pejabat hal ehwal Taiwan-China berkata kerosakan kepada kabel dasar laut adalah ‘kemalangan biasa maritim’ dan Taiwan membuat tuduhan ‘tidak berasas’ serta sengaja membesar-besarkan ‘ancaman zon kelabu yang dikatakan dari tanah besar’.

Menyangkal kenyataan itu, Majlis Hal Ehwal Tanah Besar Taiwan yang bertanggungjawab untuk dasar China-Taiwan berkata, kes itu sedang disiasat dan akan diteruskan berdasarkan bukti.

“Pada peringkat antarabangsa, kapal-kapal China mengibarkan bendera yang tiada kaitan dengan negara asal kapal, dianggap mempunyai niat jahat,” katanya merujuk kepada siasatan di negara Baltik mengenai kapal China yang disyaki merosakkan kabel dasar laut di sana.

Taiwan sebelum ini pernah mengalami kerosakan kabel di pulau Kinmen dan Matsu, kata majlis itu merujuk kepada wilayah yang terletak betul-betul di sebelah pantai China tetapi dikuasai oleh Taiwan.

“Sudah tentu kerajaan perlu berhati-hati dalam menangani perkara ini,” katanya.

China sangat tidak berpuas hati dengan Presiden Taiwan, Lai Ching-te, dan menggelarnya sebagai ‘pemisah’ serta sudah beberapa kali menolak gesaannya untuk berunding.

Ching-te dan kerajaannya menolak tuntutan kedaulatan Beijing, dengan menyatakan hanya rakyat Taiwan yang berhak menentukan masa depannya. 

-REUTERS

Tags: Chinakabel dasar lauttaiwan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd