• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPV Langgar Lampu Isyarat Dipercayai Punca Dua Beradik Maut

oleh Mohd Arshad
08/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MPV Langgar Lampu Isyarat Dipercayai Punca Dua Beradik Maut
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tindakan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat dipercayai menjadi punca kemalangan yang mengorbankan dua beradik di persimpangan lampu isyarat Jalan Pasir Puteh di sini pada Rabu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kejadian sekitar jam 10.35 pagi itu, mangsa Nur Amira Balqis Armi, 22, dan adiknya, Tsa Muhammad Armirul, 15, masing-masing penunggang dan pembonceng skuter jenis Honda Beat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, makluman kemalangan maut diterima melibatkan MPV yang dipandu wanita berusia 38 tahun dan sebuah motosikal dinaiki dua mangsa.

“Siasatan awal mendapati wanita terbabit memandu kenderaan dari rumahnya menuju ke Ipoh Garden namun, setibanya di lokasi kejadian dikatakan lampu isyarat warna hijau.

“Wanita berkenaan meneruskan perjalanan dan pada masa sama, kedua-dua mangsa yang menaiki skuter datang dari arah sebelah kanan terus melanggar bahagian tepi sebelah kanan MPV terbabit,” katanya.

Menurut beliau, akibat kemalangan tersebut kedua-dua beradik telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kemalangan tersebut tidak melibatkan kesesakan lalu lintas namun, polis sedang mengesan saksi bebas di tempat kejadian bagi membantu siasatan berikutan kawasan kemalangan tidak terdapat kamera litar tertutup (CCTV).

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sinar Harian melaporkan Nur Amira Balqis menunggang motosikal untuk menghantar adiknya, Tsa Muhammad Armirul ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sam Tet di sini sebelum terlibat dalam kemalangan berkenaan.

SinarHarian-

Tags: dua beradiklampu isyaratmautMPV
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd