• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

19 Pekerja Asing Ditahan Selepas Polis, JAS Serbu Kilang Sisa Elektronik Haram Bernilai Lebih RM21 Juta

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
19 Pekerja Asing Ditahan Selepas Polis, JAS Serbu Kilang Sisa Elektronik Haram Bernilai Lebih RM21 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Kegiatan sebuah kilang kitar semula memproses pelbagai sisa elektronik dan bahan berjadual secara haram, dibongkar dalam serbuan pihak berkuasa terhadap sebuah premis dekat Jalan Sungai Kandis di sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Premis yang beroperasi tanpa lesen itu disyaki melepaskan bahan berbahaya seperti sisa logam berat dan toksik ke perairan darat tanpa perawatan, perbuatan yang melanggar Seksyen 24, 25, 34 (a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Rosli Md Yusof, berkata serbuan itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.

Beliau berkata, operasi diketuai Superintendan Fahdli Daud itu menahan 19 pekerja asing terdiri daripada warga China, Myanmar dan Bangladesh bagi membantu siasatan.shah

“Pelbagai peralatan dan bahan yang digunakan untuk aktiviti pemprosesan e-waste disita, antaranya mesin pyrolysis, bateri terpakai, kabel, komponen komputer, tayar terpakai, aluminium dan pelbagai lagi, dengan nilai keseluruhan sitaan mencecah RM21.6 juta.

“Beberapa tangkapan juga dibuat di bawah Seksyen 6(1(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal tanpa permit sah dan melebihi tempoh yang dibenarkan,” katanya kepada Harian Metro.

Rosli berkata, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi siasatan lanjut.

Katanya, kesemua peralatan dan sisa elektronik disita oleh pihak JAS Selangor nagi tindakan lanjut.

“Operasi ini menunjukkan komitmen pihak berkuasa dalam memastikan undang-undang dipatuhi dan kelestarian alam sekitar terjamin.

“Ia juga sebahagian daripada usaha berterusan untuk membanteras kegiatan pengurusan sisa haram yang memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan kesihatan awam.

“Pihak polis dan JAS menggesa orang ramai untuk terus bekerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan melibatkan pencemaran atau e-waste (sisa elektronik) bagi memastikan kesejahteraan semua terpelihara,” katanya.

BHonline-

Tags: ditahankilang sisa elektronikpekerja asing
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Sekarang Sudah Terbalik 80 Peratus Pekerja Asing, 20 Peratus Pekerja Tempatan” – Johari Ghani Tegur Pihak Industri

“Sekarang Sudah Terbalik 80 Peratus Pekerja Asing, 20 Peratus Pekerja Tempatan” – Johari Ghani Tegur Pihak Industri

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegur pihak industri yang masih bergantung kepada...

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

31/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan maklumat salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd