• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta ‘Misteri’ Dipercayai Punca Lori Tangki Rempuh 2 Kenderaan

oleh AK-47
07/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kereta ‘Misteri’ Dipercayai Punca Lori Tangki Rempuh 2 Kenderaan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR : Cubaan memotong dan memasuki laluan secara mengejut oleh sebuah kereta ‘misteri’ dipercayai punca nahas tiga kenderaan di Kilometer 49.5 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Pasir Penambang, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata kemalangan jam 2 petang itu membabitkan lori tangki, Toyota Alphard dan Proton Saga.

“Siasatan awal mendapati pemandu lori tangki berusia 37 tahun dalam perjalanan dari Tanjong Karang ke Klang.

“Setibanya di lokasi, sebuah kereta yang tidak dapat dikenal pasti jenis dan nombor pendaftaran dari arah kanan cuba memotong dan tiba-tiba memasuki laluan lori tangki,” katanya dihubungi, hari ini.

Azaharudin berkata, pemandu lori tangki cuba mengelak lalu terbabas dan melanggar Toyota Alphard dan Proton Saga yang berhenti di lampu isyarat.

“Toyota Alphard dipandu lelaki berusia 33 tahun anakala Proton Saga dipandu lelaki warga emas berusia 64 tahun.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Semalam, media melaporkan empat cedera, manakala tiga selamat dalam nahas membabitkan tiga kenderaan yang terbakar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 2.19 petang.

-Berita Harian

Tags: kemalangan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd