• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Petugas Khas Ditubuh Tangani Isu Keselamatan Kenderaan Berat – Anthony Loke

oleh Mohd Arshad
06/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pasukan Petugas Khas Ditubuh Tangani Isu Keselamatan Kenderaan Berat – Anthony Loke
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan akan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menangani isu keselamatan kenderaan berat secara menyeluruh, kata menterinya, Anthony Loke.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam ucapan pada majlis amanat tahun baharu 2025 di sini hari ini, beliau berkata, pasukan petugas khas berkenaan akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan.

“Saya telah tugaskan KSU untuk mempengerusikan pasukan khas ini yang bukan sekadar untuk mengkaji dan menilai apa yang boleh dilaksanakan, tetapi untuk memulakan pelaksanaan segera bagi apa yang boleh dilaksanakan.

“Apa dasar yang boleh dibincangkan dan dilaksanakan dengan segera. Pasukan ini melibatkan pelbagai pihak berkepentingan untuk merangka strategi efektif demi keselamatan semua pengguna jalan raya,” katanya.

Pada 23 Disember lepas, tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta, dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara.

Siasatan awal pihak berkuasa mendapati kemalangan tersebut berpunca daripada tayar lori treler yang tercabut.

AKAN MENYUSUL

SinarHarian-

Tags: isu keselamatanpasukan petugas khas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

EAIC Tubuhkan Pasukan Petugas Khas Siasat Isu 7 Pemain Naturalisasi

EAIC Tubuhkan Pasukan Petugas Khas Siasat Isu 7 Pemain Naturalisasi

04/11/2025
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat isu berkaitan dakwaan kegagalan pengesahan dokumen pengenalan...

Tommy Thomas Saman Pasukan Petugas Khas

Tommy Thomas Saman Pasukan Petugas Khas

27/10/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas hari ini memfailkan saman pemula terhadap terhadap kerajaan dengan memohon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd