• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Runcit RON97, Diesel Naik 3 Sen

oleh Mohd Arshad
01/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Harga Runcit RON97, Diesel Naik 3 Sen
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung meningkat sebanyak 3 sen iaitu masing-masing RM3.28 serta RM2.98 seliter manakala RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 Januari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, harga runcit diesel di Semenanjung masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun lalu iaitu RM3.35 seliter.

Bagaimanapun, menurut kementerian itu, kerajaan akan terus memantau perkembangan dan menyelaras kenaikan tersebut dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak.

“Ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula ‘Automatic Pricing Mechanism’ (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,“ katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan harga runcit RON97 meningkat 3 sen daripada RM3.22 kepada RM3.25 seliter, manakala RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter bagi tempoh 26 Disember hingga 1 Januari 2025.

Harga runcit diesel di Semenanjung pula masih sama iaitu RM2.95 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal RM2.15 seliter.

SinarHarian-

Tags: Dieselharga runcit petrolRON97
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan...

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd