• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Warga Emas Ditahan Disyaki Terbabit Kes Langgar Lari

oleh Mohd Arshad
31/12/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Lelaki Warga Emas Ditahan Disyaki Terbabit Kes Langgar Lari
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menahan seorang lelaki warga emas bagi membantu siasatan kemalangan maut di KM0.6 Jalan Wan Razali, Selama pada Ahad lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Selama, Superintenden Sarudin Samah berkata, lelaki berusia 76 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 28A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Bagaimanapun, lelaki itu diberi jaminan polis atas sebab lanjut usia dan masalah kesihatan. Kes telah dirujuk ke DPP (Timbalan Pendakwa Raya),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan pada 9.35 pagi Ahad melibatkan wanita berusia 45 tahun yang terjatuh atas jalan raya hingga tidak sedarkan diri selepas motosikal ditunggangnya terbabas.

Wanita berkenaan kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi kejadian.

Sarudin berkata, polis telah menjalankan siasatan lanjut dan mendapati terdapat kesan cat kenderaan asing pada motosikal mangsa, susulan itu, polis percaya terdapat kenderaan lain terlibat dalam kemalangan itu.

“Hasil siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup di premis kawasan kejadian mendapati sebuah kereta Perodua Viva telah menghimpit motosikal mangsa ketika memotong menyebabkannya terjatuh. Suspek bertindak meninggalkan tempat kemalangan tanpa membuat laporan polis,” katanya. 

-Bernama

Tags: langgar lariwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd