• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Mabuk Langgar Kereta, Pintu Kaca Bank Ditahan Polis

oleh AK-47
29/12/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Pemandu Mabuk Langgar Kereta, Pintu Kaca Bank Ditahan Polis
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU : Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan merempuh pintu kaca sebuah bank di Jalan Mahkamah dekat sini, awal pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata lelaki berumur 25 tahun itu memandu seorang diri dari pusat bandar menuju ke rumahnya di Tanjung Batu kira jam 5.15 pagi.

Menurutnya, kereta dipandu pemuda terbabit dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas melanggar beberapa kenderaan lain dan pintu kaca sebuah bank.

“Hasil siasatan mendapati pemandu terbabit tidak mempunyai lesen memandu selain memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan dan kerosakan harta benda.

“Kemalangan itu tidak membabitkan sebarang kecederaan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Jasmin berkata, berikutan itu pemandu telah ditangkap untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020).

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi kira-kira lapan saat yang memaparkan kejadian itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

-Berita Harian

Tags: pemandu mabukpolisTahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd