• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakaman ‘Dashcam’ Kereta Peronda Diambil Pegawai Penyiasat, Bukan Hilang – Polis

oleh Mohd Arshad
22/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rakaman ‘Dashcam’ Kereta Peronda Diambil Pegawai Penyiasat, Bukan Hilang – Polis
Share on FacebookShare on Twitter

JELI : Polis menafikan dakwaan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kereta peronda dalam kemalangan membabitkan seorang pelajar di Kilometer 10, Jalan Jeli-Dabong, di sini, malam Khamis lalu hilang, sebaliknya ia diambil pegawai penyiasat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob, berkata kad rakaman dashcam itu diambil untuk dijalankan siasatan bagi pembuktian di mahkamah.

“Tidak benar dakwaan rakaman dashcam hilang sebaliknya sudah diambil oleh pegawai penyiasat untuk pembuktian di mahkamah.

“Mana-mana kemalangan yang membabitkan kenderaan yang mempunyai dashcam memang akan terus diambil oleh pegawai penyiasat untuk siasatan dan pembuktian, bukannya hilang.

“Jika terbukti anggota peronda yang salah, pihak kami tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan tatatertib terhadapnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, remaja lelaki yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) parah akibat kemalangan selepas melanggar kereta peronda polis pada jam 9.20 malam 19 Disember lalu.

Kemalangan berlaku ketika kereta peronda yang dari arah Kuala Balah ke Jeli cuba mengelak anjing yang tiba-tiba melintas dan pada masa sama, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 datang dari arah belakang terus melanggar sisi kanan kereta peronda.

Kemalangan itu menyebabkan remaja lelaki yang berusia 17 tahun itu parah di beberapa anggota badan dan masih dirawat di Hospital Tanah Merah.

Mengulas lanjut Saari berkata, mengikut laporan yang diterima, motosikal yang ditunggangi remaja terbabit tidak mempunyai lampu dan mangsa juga tiada lesen memandu selain tidak memakai topi keledar.

“Saya akan ziarah remaja lelaki itu di hospital dan dimaklumkan dia sudah menjalani pembedahan tangan yang cedera dalam kemalangan itu kelmarin.

“Saya menggesa orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar sekali gus boleh mengganggu siasatan dan diminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat sila tampil atau menghubungi kami untuk membantu siasatan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: dashcampolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UM, Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan Pensyarah Lakukan Gangguan Seksual – KPT

Next Post

Tempoh Reman Suspek Kes Bunuh Nurul Asikin Dilanjutkan

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post
Tempoh Reman Suspek Kes Bunuh Nurul Asikin Dilanjutkan

Tempoh Reman Suspek Kes Bunuh Nurul Asikin Dilanjutkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd